Lihat tips kesihatan dalam blog http://ur-healthylife.blogspot.com
Thursday, September 11, 2008
Keajaiban kacang soya
Kacang soya adalah salah satu di antara tujuh 'super foods' di dunia. Penduduk di benua Timur terutamanya masyarakat Cina mula menggunakan kacang soya sebagai makanan kesihatan sejak 5000 tahun yang lalu yang mana tauhu dan susu kacang soya merupakan barangan soya popular di kalangan masyarakat cina.
Satu hudangan soya (20 mg) mengandungi 14 gram protien, 20 gram karbohidrat, 100 kalori dan 4 gm lemak. Produk soya juga kaya dengan asid lemak omega yang penting untuk pertumbuhan sel membran. Selain itu kandungan serat, kalsium dan magnesium yang terkandung di dalamnya juga bukan sahaja baik untuk kesihtan sebaliknya turut membantu membentuk kecantikan kulit dari dalam. Kacang soya juga menjadi di antara makanan yang paling banyak dilakukan kajian saintifik untuk membuktikan kebaikannya. Di antara manfaat kacang soya adalah:-
Isoflavinsoya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihtan payudara serta mencegah penyakit barah payudara dan rahim, memperkuatkan tulang lalu mencegah osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang, mengatasi gejala putus haid. Lesitin soya dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, membantu menguraikan lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu membantu melambatkan proses penuaan dan mencegah pigmentasi kulit.
Kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protien utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. Asid amino juga membantu melambatkan proses penuaan sama seperti pentingnya lesitin soya.
Hampas kacang soya yang dikeringkan boleh digunakan sebagai skrub yang baik untuk tubuh. Hanya bancuhkan bersama sedikit air suam lalu sentalkan ke seluruh tubuh anda. Protien di dalam kacang soya pula adalah setara dengan dua kali protien daging, empat kali protien dalam telur, lima kali atau enam kali atau dua kali protien dalam susu.
Tuesday, September 9, 2008
Oh puasa...
Adakah anda menghadapi masalah gastrik dan perkara ini membimbangkan anda apabila puasa menjelang? Kebiasaannya bagi pesakit gastrik, anda digalakkan mengambil makanan secara kerap dengan jarak empat hingga lima jam. Apabila berpuasa, jarak pengambilan makanan dari waktu sahur hingga berbuka adalah sangat panjang. Sebaiknya sebelum anda berpuasa, anda digalakkan untuk mendapat nasihat doktor. Bagaimanapun bagi memastikan anda mampu berpuasa, anda disarankan agar tidak meninggalkan waktu sahur. Anda digalakkan makan nasi ketika bersahur atau mengambil makanan yang sering diambil ketika bersarapan seperti dua keping rotu mil penuh, bubur nasi atau bijirin oat bersama susu. Pastikan anda minum segelas susu dan sepotong kuih dan segelas minuman. Jangan terus mengambil makanan yang berat kerana ia akan memberikan rasa tidak selesa pada penghidap gastrik. Setelah seketika, barulah mulakan pengambilan makanan berat seperti nasi atau mi. Jauhi makanan yang pedas, terlalu berminyak, pemakanan bercoklat dan yang mengandungi gas atau angin seperti bawang dan kubis. Bagaimanapun, makanan berangin ini adalah berbeza mengikut individu. Jadi anda harus kenal pasti makanan apakah yang tidak sesuai untuk anda.
Thursday, September 4, 2008
Kaki berbau
Bau kaki yang tidak sedap bermula dari perpeluhan. Jika diikutkan peluh itu sendiri sebenarnya tidak berbau namun setelah bercampur dengan bakteria, barulah bau yang kurang menyenangkan itu timbul. Salah satu penyebab utama bau kaki adalah memakai bahan penutup kaki atau kasut yang salah. Lelaki merupakan golongan yang kerap memakai kasut bertutup, jadi persekitaran kaki tidak mendapat pengudaraan baik. Selain itu, kasut dari plastik atau bahan sintetik juga mengundang kepada masalah ini kerana ia tidak dapat menyerap peluh dengan baik seterusnya membiarkan kaki anda sentiasa basah. Tidak seperti anggota badan lain, kaki biasanya bertutup sepanjang masa dalam ruang sempit menyebabkan peluh tidak dapat kering sepenuhnya, manakala bakteria pula terperangkap dalam kasut. Ini sebabnya bau kaki lebih kuat jika dibandingankan dengan anggota badan lain.
Cara penyelesaiannya:
*Ketika mandi jangan lupa membersihkan celahan jari-jari kaki dan selalu keringkan kaki secara menyeluruh.
Pakailah kasut yang diperbuat dari bahan semulajadi seperti kulit kerana ia memungkinkan kaki anda bernafas.
*Gunakan juga stokin kaki berbahan cotton yang dapat memelihara kaki agar tetap kering.
*Hindari memakai kasut sama dalam dua hari berturut-turut dan ganti stokin kaki sekali atau dua kali sehari.
*Jika perlu, usir bau kaki dengan menggunakan spray atau bedak kaki kerana ia jauh lebih efektif.
*Antara rawatan yang baik untuk menghilangkan bau kaki selain membentuk kulit yang licin, menghilangkan daki dan karat pada lapisan kulit seseorang adalah teknik PARAFIN iaitu sejenis rawatan menggunakan lilin cair panas yang membantu mengurankan masalah kaki berbau.
Subscribe to:
Posts (Atom)