Lihat tips kesihatan dalam blog http://ur-healthylife.blogspot.com
Thursday, September 11, 2008
Keajaiban kacang soya
Kacang soya adalah salah satu di antara tujuh 'super foods' di dunia. Penduduk di benua Timur terutamanya masyarakat Cina mula menggunakan kacang soya sebagai makanan kesihatan sejak 5000 tahun yang lalu yang mana tauhu dan susu kacang soya merupakan barangan soya popular di kalangan masyarakat cina.
Satu hudangan soya (20 mg) mengandungi 14 gram protien, 20 gram karbohidrat, 100 kalori dan 4 gm lemak. Produk soya juga kaya dengan asid lemak omega yang penting untuk pertumbuhan sel membran. Selain itu kandungan serat, kalsium dan magnesium yang terkandung di dalamnya juga bukan sahaja baik untuk kesihtan sebaliknya turut membantu membentuk kecantikan kulit dari dalam. Kacang soya juga menjadi di antara makanan yang paling banyak dilakukan kajian saintifik untuk membuktikan kebaikannya. Di antara manfaat kacang soya adalah:-
Isoflavinsoya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihtan payudara serta mencegah penyakit barah payudara dan rahim, memperkuatkan tulang lalu mencegah osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang, mengatasi gejala putus haid. Lesitin soya dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, membantu menguraikan lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu membantu melambatkan proses penuaan dan mencegah pigmentasi kulit.
Kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protien utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. Asid amino juga membantu melambatkan proses penuaan sama seperti pentingnya lesitin soya.
Hampas kacang soya yang dikeringkan boleh digunakan sebagai skrub yang baik untuk tubuh. Hanya bancuhkan bersama sedikit air suam lalu sentalkan ke seluruh tubuh anda. Protien di dalam kacang soya pula adalah setara dengan dua kali protien daging, empat kali protien dalam telur, lima kali atau enam kali atau dua kali protien dalam susu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
info terbaik.. tq
http://bondasha.blogspot.com/search/label/Nutriwhite%20Shaklee
Post a Comment