Lihat tips kesihatan dalam blog http://ur-healthylife.blogspot.com

Thursday, September 11, 2008

Keajaiban kacang soya


Kacang soya adalah salah satu di antara tujuh 'super foods' di dunia. Penduduk di benua Timur terutamanya masyarakat Cina mula menggunakan kacang soya sebagai makanan kesihatan sejak 5000 tahun yang lalu yang mana tauhu dan susu kacang soya merupakan barangan soya popular di kalangan masyarakat cina.

Satu hudangan soya (20 mg) mengandungi 14 gram protien, 20 gram karbohidrat, 100 kalori dan 4 gm lemak. Produk soya juga kaya dengan asid lemak omega yang penting untuk pertumbuhan sel membran. Selain itu kandungan serat, kalsium dan magnesium yang terkandung di dalamnya juga bukan sahaja baik untuk kesihtan sebaliknya turut membantu membentuk kecantikan kulit dari dalam. Kacang soya juga menjadi di antara makanan yang paling banyak dilakukan kajian saintifik untuk membuktikan kebaikannya. Di antara manfaat kacang soya adalah:-

Isoflavinsoya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihtan payudara serta mencegah penyakit barah payudara dan rahim, memperkuatkan tulang lalu mencegah osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang, mengatasi gejala putus haid. Lesitin soya dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, membantu menguraikan lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu membantu melambatkan proses penuaan dan mencegah pigmentasi kulit.
Kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protien utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. Asid amino juga membantu melambatkan proses penuaan sama seperti pentingnya lesitin soya.
Hampas kacang soya yang dikeringkan boleh digunakan sebagai skrub yang baik untuk tubuh. Hanya bancuhkan bersama sedikit air suam lalu sentalkan ke seluruh tubuh anda. Protien di dalam kacang soya pula adalah setara dengan dua kali protien daging, empat kali protien dalam telur, lima kali atau enam kali atau dua kali protien dalam susu.

Tuesday, September 9, 2008

Oh puasa...

Adakah anda menghadapi masalah gastrik dan perkara ini membimbangkan anda apabila puasa menjelang? Kebiasaannya bagi pesakit gastrik, anda digalakkan mengambil makanan secara kerap dengan jarak empat hingga lima jam. Apabila berpuasa, jarak pengambilan makanan dari waktu sahur hingga berbuka adalah sangat panjang. Sebaiknya sebelum anda berpuasa, anda digalakkan untuk mendapat nasihat doktor. Bagaimanapun bagi memastikan anda mampu berpuasa, anda disarankan agar tidak meninggalkan waktu sahur. Anda digalakkan makan nasi ketika bersahur atau mengambil makanan yang sering diambil ketika bersarapan seperti dua keping rotu mil penuh, bubur nasi atau bijirin oat bersama susu. Pastikan anda minum segelas susu dan sepotong kuih dan segelas minuman. Jangan terus mengambil makanan yang berat kerana ia akan memberikan rasa tidak selesa pada penghidap gastrik. Setelah seketika, barulah mulakan pengambilan makanan berat seperti nasi atau mi. Jauhi makanan yang pedas, terlalu berminyak, pemakanan bercoklat dan yang mengandungi gas atau angin seperti bawang dan kubis. Bagaimanapun, makanan berangin ini adalah berbeza mengikut individu. Jadi anda harus kenal pasti makanan apakah yang tidak sesuai untuk anda.

Thursday, September 4, 2008

Kaki berbau


Bau kaki yang tidak sedap bermula dari perpeluhan. Jika diikutkan peluh itu sendiri sebenarnya tidak berbau namun setelah bercampur dengan bakteria, barulah bau yang kurang menyenangkan itu timbul. Salah satu penyebab utama bau kaki adalah memakai bahan penutup kaki atau kasut yang salah. Lelaki merupakan golongan yang kerap memakai kasut bertutup, jadi persekitaran kaki tidak mendapat pengudaraan baik. Selain itu, kasut dari plastik atau bahan sintetik juga mengundang kepada masalah ini kerana ia tidak dapat menyerap peluh dengan baik seterusnya membiarkan kaki anda sentiasa basah. Tidak seperti anggota badan lain, kaki biasanya bertutup sepanjang masa dalam ruang sempit menyebabkan peluh tidak dapat kering sepenuhnya, manakala bakteria pula terperangkap dalam kasut. Ini sebabnya bau kaki lebih kuat jika dibandingankan dengan anggota badan lain.

Cara penyelesaiannya:
*Ketika mandi jangan lupa membersihkan celahan jari-jari kaki dan selalu keringkan kaki secara menyeluruh.
Pakailah kasut yang diperbuat dari bahan semulajadi seperti kulit kerana ia memungkinkan kaki anda bernafas.
*Gunakan juga stokin kaki berbahan cotton yang dapat memelihara kaki agar tetap kering.
*Hindari memakai kasut sama dalam dua hari berturut-turut dan ganti stokin kaki sekali atau dua kali sehari.
*Jika perlu, usir bau kaki dengan menggunakan spray atau bedak kaki kerana ia jauh lebih efektif.
*Antara rawatan yang baik untuk menghilangkan bau kaki selain membentuk kulit yang licin, menghilangkan daki dan karat pada lapisan kulit seseorang adalah teknik PARAFIN iaitu sejenis rawatan menggunakan lilin cair panas yang membantu mengurankan masalah kaki berbau.

Thursday, August 14, 2008

Myth Buster : Yang benar vs yang karut tentang cantik


Kes 1: 'Ketagih' pelembab bibir.
Ada yang mengatakan pelembap bibir mencetuskan ketagihan. Benarkah begitu? Kenyataannya, apa yang dianggap ketagih itu adalah efek psikologi yang berlaku apabila anda berhenti menggunakan pelembab bibir. 'Ketagihan' itu berlaku kerana anda sudah biasa memakainya, dan anda merasakan ia satu kekurangan sekiranya anda tidak menggoles bibir anda dengan pelmbab bibir. Maka, 'ketagihan' yang anda rasakan itu adalah karut semata-mata! Fungsi pelembab bibir adalah untuk melegakan dan memberi kelembapan kepada bibir anda. Pelembab bibir yang berumusan anti suria adalah yang terbaik kerana ia bukan sahaja mampu mengelakkan masalh bibir kering, bahkan mengatasi masalah kerosakkan bibir kerana sinaran matahari.

Kes 2: Ubat gigi di muka
Jerawat! Esok pula ada temu janji dengan si dia? Jangan risau kerana anda boleh menggunakan ubat gigi untuk mengecutkan jerawat, Kandungan air dalam ubat gigi akan bertindak untuk mengeringkan jerawat yang baru tumbuh. Naum, anda tidaklah digalakkan untuk menggunakan cara ini kerana ubat gigi boleh membuat kulit muka menggelupas. Paling mudah, anda guna saja produk khas untuk merawat masalah jerawat. Cerita yang anda dengar tentang ubat gigi mampu hilangkan jerawa adalah benar!

Kes 3: Hilang parut dengan vitamin E
Fungsi vitamin E adalah mencerahkan kulit yang mempunyai parut atau cela dan bukanlah dengan menggunakan produk berasaskan vitamin E mampu menghilangkan parut. Kesahihannya, vitamin ini akan mencerahkan bahagain yang disapukan dengannya agar tampak lebih cerah. Ini untuk menutup kesan parut yang ada, tetapi tidaklah hilang terus. Tiada bukti yang menunjukkan vitamin ini mampu menghilangkan kesan-kesan cela yang menjadi musuh utama kaum wanita. Lebih malang lagi, ada sesetengah orang yang alah kepada produk yang berasaskan vitamin E, Mengikut kajian yang dijalankan, krim atau minyak yang mengandungi vitamin E di dalamnya bertindak untuk menyembuhkan luka, mengurangkan kesan parut serta membaik pulih striktir kulit tetapi bukanlah menghapuskan terus. Jadi, cerita tentang kemampuan vitamin E menghilangkan kesan parut adalah dongegn semata!

Kes 4: Air kencing = kulit cantik
Mungkin ada di antara anda yang akan berasa jijik dengan fakta ini. air kencing berupaya untuk melembap dan melawan bintik kecil pada wajah. Penggunaan air kencing yang disapukan ke kulit wajah akan membantu anda untuk merwat lka kecil bekas jerawat atau kesan kulit terbakar. Selain boleh digunakan pada kulit wajah, air kencing juga boleh disapukan ke bahagian tubuh yang lain sekiranya terluka atau terbakar. Jika difikirkan semula, sanggupkah anda menyapu air kencing ke muka sendiri? Walaupun kenyataan ini benar, namun anda lebih disarankan untuk memilih produk kecantikan yang berasaskan asid salisilik, vitamin A dan 'benzoyl peroxide'.

Kes 5: Sikat rambut sampai berkilau
Sesetengah wanita akan duduk di hadapan cermin dan berdandan selama berjam-jam lamanya. Terlalu banyak mitos tentang rambut yang sentiasa disisir akan menjadi lebih cantik dan berkilau. Rambut yang sentiasa disisir akan merangsang kulit kepala sekaligus melancarkan pengaliran darah. Namun sekiranya kerap disisir, timbul pula masalah lain. Rambut akan menjadi mudah putus dan kutikel akan rosak. Apa yang anda boleh lakukan adalah menyisir rambut anda dua atau tiga kali sehari bagi mengekalkan kelembutan dan kilauannya. Jika kamu berambut keriting, sikatlah rambut kamu sebelum kamu menggunakan syampu untuk mengelakkan dari kusut semasa dibilas. Gunakan sikat bergigi luas atau mudah lentur. Sudah-sudahlah menyisir rambut, menyikat rambut setiap seminit tidak menjanjikan rambut yang berkilau buat anda.

Kes 6: Timun dan sembab mata
Mata yang sembab akibat kurang tidur atau terlalu banyak menangis pastinya mencacatkan penampilan anda. Apa yang bileh anda lakukan adalah dengan mengambil sekeping timun segar dan letakkan di bahagian mata yang bermasalah. Timun mampu mengurangkan kesan merah bawah mata dan jus timun yang sejuk mampu meredakan bengkak. Jangan hiris timun terlalu tebal kerana ia mudah jatuh. Sekiranya sembab menjadi masalh buat anda, penggunaan timun adalah sangat baik untuk mengurangkannya.

Kes 7: Minum air untuk kulit bersinar
Satu lagi mitos yang popular dalam kalangan wanita. Minum banyak air akan menjadikan wajah sentiasa bercahaya bagaikan bidadari. Saranan buat anda yang mendambakan tubuh badan yang sihat, minumlah lapan gelas air setiap hari. Air yang diminum tidak akan sampai ke wajah, tetapi dikwal oleh buah pinggang. Maka, air yang diminum akan diterima oleh buah pinggan dan bukannay wajah anda. Tidak dinafikan, minum air secukupnya akan memudahkan anda membuanabg air kerana tubuh akan sentiasa menyah toksin dan membuatkan anda ke tandas. Jangan percaya mitos ini kerana dikhuatiri wajah tidak bercahaya, perut anda pula yang kembung!

Kes 8: Jerawat akibat tertekan
Jangan terlalu memikirkan masalah anda. Setiap masalah dapat diselesaikan sekiranya anda bertenang dan berfikir secara rasioanal. Tahukah anda, cerita tentang pertumbuhan jerawat di wajah keraja rasa tertekan itu benar? tekanan akan mengakibatkan ketidakseimbang hormon dan merembeskan sebum yang berlebihan pada kulit. Jerawat sering tumbuh di bahagian dahi, pipi dan dagu. Apa yang boleh anda lakukan adalah mengelakkan diri dari sebarang situasi yang memungkinkan anda untuk berasa tertekan. Setiap kali anda mula berasa ingin 'meletup', segeralah menghidu wangian yang menenangkan.