Adakah anda menghadapi masalah gastrik dan perkara ini membimbangkan anda apabila puasa menjelang? Kebiasaannya bagi pesakit gastrik, anda digalakkan mengambil makanan secara kerap dengan jarak empat hingga lima jam. Apabila berpuasa, jarak pengambilan makanan dari waktu sahur hingga berbuka adalah sangat panjang. Sebaiknya sebelum anda berpuasa, anda digalakkan untuk mendapat nasihat doktor. Bagaimanapun bagi memastikan anda mampu berpuasa, anda disarankan agar tidak meninggalkan waktu sahur. Anda digalakkan makan nasi ketika bersahur atau mengambil makanan yang sering diambil ketika bersarapan seperti dua keping rotu mil penuh, bubur nasi atau bijirin oat bersama susu. Pastikan anda minum segelas susu dan sepotong kuih dan segelas minuman. Jangan terus mengambil makanan yang berat kerana ia akan memberikan rasa tidak selesa pada penghidap gastrik. Setelah seketika, barulah mulakan pengambilan makanan berat seperti nasi atau mi. Jauhi makanan yang pedas, terlalu berminyak, pemakanan bercoklat dan yang mengandungi gas atau angin seperti bawang dan kubis. Bagaimanapun, makanan berangin ini adalah berbeza mengikut individu. Jadi anda harus kenal pasti makanan apakah yang tidak sesuai untuk anda.
Lihat tips kesihatan dalam blog http://ur-healthylife.blogspot.com
Tuesday, September 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment