Lihat tips kesihatan dalam blog http://ur-healthylife.blogspot.com

Thursday, July 31, 2008

Menyingkap rahsia awet muda.


Siapa yang tidak mahu kelihatan awet muda. Setiap orang mempunyai pola hidup tersendiri. Ada di antaranya mengalami proses penuaan yang lambat sehingga kelihatan awet mida. Sebaliknya, ada juga yang mengalami proses penuaan yang begitu cepat biarpun usianya masih muda.


Semakin bertambahnya usia, proses penggantian sel-sel kulit semakin perlahan. Apatah lagi, gaya hidup yang kurang sihat turut menyebabkan berlakunya penuaan awal. Apabila sel-sel kulit ini mengalami proses yang perlahan dan masih bertahan kelihatan tidak segar serta kusam. Antara kesan yang dapat dilihat ialah munculnya jeragat, bintik-bintik hitam, garis halus serta kedutan. Setiap kali anda tersenyum, tertawa atau mengerutkan dahi, kulit wajah pasti akan mengalami satu proses semulajadi meninggalkan kesan seperti garisan halus. Lebih-lebih lagi dengan bertambahnya usia kesan tersebut menjadi semakin ketara dengan munculnya kedutan-kedutan terutamanya di bahagian dahi, alis sekitar mata serta mulut.


Melihat kepada proses normal dan semulajadi, proses penuaan kebiasaannya bermula sekitar usia 25 tahun. Keadaan sedemikian berlaku adalah berkait dengan beberapa faktor. Selain faktor persekitaran ia turut dipengaruhi oleh faktor gaya hidup dan pola pemakanan.


Berikut adalah beberapa resipi awet muda

-Amalkan sebuah kehidupan yang menyihatkan contohnya bersenam secara teratur
-Menghindari tubuh daripada radikal bebas
-Elakkan sebarang tekanan
-Amalkan sebuah kehidupan keluarga yang harmoni
-Lakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin
-Elakkan berfikiran negatif contohnya selalu merasa tua dan tidak berdaya
-Lakukan pekerjaan anda dengan penuh bersemangat dan selesa
-Amalkan pemakanan yang seimbang
-Lakukan perawatan anti penuaan seawal yang mungkin. Anti penuaan merujuk kepada keupayaan yang progresif dan proaktif dalam memerangi penuaan. Anti penuaan mengaplikasikan kemajuan ilmu serta teknologi perubatan untuk mengenalpasti, mencegah, merawat serta mengembalikan ketidakfungsian berhubung dengan usia, kelainan dan penyakit.
-Seperti kata orang tua-tua 'jangan cepat marah, nanti cepat tua.' Pepatah ini mungkin ada benarnya
-Elakkan tekanan terlamau
-Mengambil makanan tambahan yang dapat membantu mencegah proses penuaan awal
-Faktor gaya dan keturunan
-Makan secukupnya
-Buang tabiat suka merokok
-Jauhkan diri daripada mengambil minuman beralkohol
-Memperbanyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buaha. Kebanyakan mereka yang hanya makan sayur atau 'vegeterian' dikatakan lebih sihat serta mempunyai umur yang panjang
-Tenangkan fikiran
-Dapatkan tidur yang cukup
-Perbanyakkan minum air kosong
-Amalkan terapi hormon untuk merangsang kembali hormon di dalam tubuh
-Amalkan produk antioksidan
-Perawatan detoksifikasi dan 'facelift' adalah antara kaedah peremajaan dari luar untuk mencegah penuaan dari luar

No comments: