Lihat tips kesihatan dalam blog http://ur-healthylife.blogspot.com

Tuesday, July 29, 2008

Seperti tubuh, kulit wajah juga memerlukan zat untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikkannya. Untuk memenuhi keperluan tersebut, ia tidak bergantung kepada penggunaan produk semata-mata bahkan anda perlu mengambil makanan yang mengandungi zat seimbang. Sebagai contoh buah-buahan segar yang sememangnya kaya dengan sumber vitamin untuk kulit. Pengambilan buah-buahan segar dianggap sebagi satu cara perawatan semulajadi yang begitu relatif serta selamat untuk kulit wajah berbanding dengan perwatan menggunakan produk kecantikan yang diketahui kandungan kimianya. Apatah lagi, pengunaan buah-buahan segar ini boleh dilakukan sendiri di rumah serta risiko untuk mendapat alahan adalah kurang. Dalam melakukan perawatan, pilihlah buah-buahan segar yang sesuai dengan jenis kulit anda.


Semua jenis kulit -Terdapat beberapa jenis buah-buahan segar yang boleh dimanfaatkan iaitu:
*Mentimum
Sering disarankan dalam perawatan wajah. Ini kerana mentimun amat sesuai untuk semua jenis kulit. Kandungan airnya mampu menyegarkan kulit wajah. Caranya, letakkan hirisan mentimun pada wajah beberapa saat. Kemudian, gosok perlahan-lahan pada seluruh wajah dan leher. Untuk pembersihan dan penyegar wajah, boleh menggunakan masker campuran mentimun yang dicincang bersama yogurt.

*Bengkoang
Boleh digunakan sebagai masker untuk semua jenis kulit. Namun begitu, untuk anda yang berkulit sensitif harus berhati-hati dengan bengkoang ini. Bengkoang berkhasiat
untuk mencerahkan, mengencangkan serta menyegarkan kulit wajah.


Kulit kering -Untuk anda yang memiliki kulit jenis ini, anda memerlukan buah-buahan segar yang mengandungi lemak serta kaya dengan kandungan air. Antaranya ialah:
*Pisang dan Aprikot
Bagi anda yang berkulit kering serta kasar, pisang dan aprikot adalah sangat sesuai. Sifat yang lembut dan mengandungi minyak membantu untuk melembapkan serta menghaluskan kulit.Untuk mengencangkan dan menyegarkan seta mengurangkan kedutan pada kulit wajah, gunakan masker campuran daripada pisang, madu dan putih telur. Kombinasi in ijuga lebih selamat untuk digunakan bagi semua jenis kulit.

Bukan hanya isi aprikot yang dapat digunakan untuk kecantikan bahkan kulitnya juga boleh dimanfaatkan sebagai krim untuk menghaluskan kulit khususnya di bahagian punggung serta lutut yang kasar. Caranya ialah dengan mencampurkan cincangan kulit aprikot bersama air perahan lemon. Kemudian, sapukan campuran sebati tersebut ke bahagian kulit dengan sedikit urutan.

*Epal dan tembikai
Kedua-dua buah segar ini berkhasiat untuk membersihkan serta melembutkan kulit yang kasar dan kusam. Selain itu juga, pati epal segar turut dapat digunakan sebagai tonik pembersih dan penyegar kulit wajah.


Kulit normal dan berminyak -Untuk mengatasi kulit wayah yang kelihatan 'berkilat' disebakan oleh minyak yang berlebihan, anda boleh mengaplikasikan buah-buahan segar ini:
*Jus perahan lemon atau limau nipis
Sangat sesuai untuk kulit yang sangat berminyak. Caranya ialah hiris limau nipis atau lemon kepada dua atau beberapa bahagian. Seterusnya, perah airnya lalu sapu secara perlahan-lahan ke seluruh kulit wajah. Manakala untuk kulit normal tetapi cenderung untuk berminyak sebaiknya amalkan campuran just limau bersama madu untuk hasil yang lebih baik.

*Tomato
Adakalanya, terdapat bintik-bintik hitam yang sukar dihilangkan pada permukaan kulit wajah. Tomato dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut. Tomato berkhasiat untuk menghilangkan noda-noda hitam. SElain itu, tomato turut membantu dalam menyegarkan kulit wajah dan sesuai untuk semua jenis kulit. Untuk anda yang berkulit normal tetapi cenderung untuk berminyak dengan bintik-bintik hitam pada kulit wajah, masker tomato boleh membantu. Caranya campurkan tomato dengan madu atau yogurt. Amalakan menyapunya pada setiap hari sehingga menanpakkan hasil hasil yang memuaskan. Masker ini berfungsi untuk memudarkan bintik-bintik hitam di samping membersihkan dan menghaluskan wajah.

*Nanas
Ramai yang tidak mengetahui tentang manfaat nanas dalam kecantikan. Sebenarnya, nanas dapat digunakan sebagai masker untuk membuang sel-sel kulit mati di samping menghilangkan bintik-bintik hitam. Selain itu, masker nanas juga sangat sesuai untuk mereka berkulit normal dan berminyak. Pun begitu, oleh kerana nanas tergolong sebagai buah yang mengeluarkan getah, sebelum menggunakannya nanas harus dibersihkan hingga bebas daripada getah. Campurkan sedikit madu atau susu segar untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Masker nanas tidak sesuai untuk mereka yang berkulit kering serta sensitif kerana ia akan menambahkan lagi kekeringan serta mengakibatkan kegatalan pada kulit.

No comments: