Lihat tips kesihatan dalam blog http://ur-healthylife.blogspot.com

Tuesday, August 12, 2008

Sensasi mandi jadikan satu keseronokan


Mandi adalah satu cara terpenting dalam menjaga kecantikan, kesihatan dan kesegaran tubuh badan. Sejak kecil lagi, kita dididik menjadikan mandi sebagai rutin harian. Dan, apabila sudah biasa dilakukan maka tentu sahaja ia menjadi sesuatu yang mudah dipraktikkan tanpa memerlukan latihan. Namun hakikatnya, masih ada yang memandang enteng akan rutin ini. Memahami lebih lanjut, mandi bukan hanya satu kata nama perbuatan tetapi ia mempunyai pengertian yang lebih daripada itu. Terjemahannya bukan sekadar menyapukan sabun sebelum membilas sehingga bersih, malah lebih daripada itu. Sedar atau tidak, mandi itu sendiri memberikan pengalaman yang menyeronokkan dan pada masa yang sama merelakskan minda.

Kelebihan mandi.
Setiap kali berasa penat selepas menyiapkan kerja di pejabat, di minda pasti membayangkan alangkah seronoknya sekiranya saat pulang ke rumah nanti anda berpeluang membersihkan tubuh dengan berendam dalam tab mandian atau paling tidak membiarkan 'shower' melakukan tugas membasahkan seluruh badan. Sememangnya, pakar berpendapat bahawa selain daripada membersihkan tubuh badan, mandi itu sendiri mempunyai kuasa menenangkan emosi seseorang individu. Pendek kata, penat lelah sepanjang hari boleh berkurangan selepas mandi.

Nikamati kelebihan mandi dengan tips-tips berikut;
-Gunakan air suam untuk mandi dan mencucci tangan. Air mandian tidak seharusnya panas sehingga boleh mengakibatkan kulit bertukar kemerahan. Ini akan menjadikan kulit kering dan seterusnya mewujudkan rasa kurang selesa semasa mandi

-Gunakan pembersih dengan kandungan bahannya yang sederhana dan tidak mengeringkan kulit. Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering atau ekzema, adalah penting untuk menggunakan ejen pembersih khas. Ini bagi memastikan keadaan kulit tidak bertukar menjadi bertambah kering dan kasar.

-Lakukan rawatan pengelupasan kulit badan dengan skrub badan yang sederhana kandungannya. Ramuan pati minyak daripada alam semulajadi juga boleh membantu menenangkan kulit.

-Manjakan diri anda dengan ramuan pati minyak mandian daripada herba, gel dan skrub mandian yang anda gemari. Ia membantu anda menikmati hasil mandian yang anda mahukan. Berikut adalah beberapa haruman pati minyak mandian dan kandungan yang boleh dijadikan rujukan:

Kafien-mampu memberikan tenaga untuk bergerak aktif pada waktu pagi dan pada masa yang sama merangsang sel-sel lemak.
Chamomile-membantu mengawal rasa gemuruh dan kesakitan pada otot-otot, menenangkan badan dan sangat baik digunakan sebelum masuk tidur.
Coklat-merupakan antioksida terbaik yang mampu membuang toksin, menghidrasikan kulit dan mengurangkan penampilan selulit.
Sage-baik untuk meredakan rasa ketegangan dan tekanan prahaid.
Kayu putih (eucalyptus)- Baik untuk yang mempunyai masalah pernafasan, membuka liang-liang pori dan wapnya membantu membersihkan rongga pernafasan. Amat berkesan buat mereka yang mempunyai selesema.
Geranium-sesuai untuk kulit yang sangat kering dan gatal, ekzema dan PMS.
Juniper-merehatkan otot-oto selepas aktiviti fizikal. Berkesan selepas melaukan 'workout'.
Lavender-baik untuk kulit kering, ekzema dan kulit terbakar. Ia huga membantu memulihkan masalah terseliuh, sakit kepala, insomnia, dan pada masa yang sama merelakskan badan anda.
Salap limau (lemon balm)- baik utnuk kanak-kanak yang hiperaktif.
Pain (pine)- melegakan kesakitan pada otot yang berpunca daripada aktiviti harian yang stress.
Orange dan Linden Blossom - menyegarkan dan memberikan tenaga menjelang pagi mahupun kesegaran pada sebelah malam selain merangsang sistem badan. Ia juga baik untuk melegakan kesakitan, dan ketidakselesaan pada otot-otot serta sesuao untuk kulit berminyak.
Mawar-Sesuai untuk kulit kering dan senseitif
Rumpai laut- Membaiki saluran darah dan mempunyai ciri-ciri pelangsingan.
Spruce- Memberi tenaga dan mencergaskan serta memulihkan tenaga.
Ylang Ylang- Membuang sel-sel mati dan melembapkan kulit.
Wildflower- Menenangkan minda dan tubuh badan.

-Pastikan bahawa masa mandi anda diperuntukkan khas untuk mandi semata-mata dan tiada gangguan lain. Biarkan diri menghabiskan masa rehat tersebut sendirian. Tidak salah sekiranya anda meletakkan simbol "Dilarang Menganggu" di pintu bilik anda, letakkan telefon bimbit atau PDA anda jauh daripada bilik mandi.

-Lapkan badan anda secara menyeluruh dengan tuala kering. Jangan gosokkan tuala mandi anda pada kulit kering kerana ia akan menanggalkan minyak semulajadi yang ada pada kulit. Sebaliknya, gunakan tuala dan lap kawasan kulit kering perlahan-lahan, kemudian sapukan krim pelembap atau losyen badan.

-Sapu krim pelembap semasa kulit masih lembap, biasanya dalam masa tiga minit selepas mandi. Dalam suhu atau dalam keadaan cuaca sejuk, sapukan krim pelembap lebih tebal pada bahagian muka, tangan dan bahagian kulit lain yang terdedah.

-Pilih pelembap dengan baik. Semasa memilih, adalah penting untuk anda mengetahui serba sedikit mengenai pelembap tersebut supaya anda boleh memilih yang paling sesuai untuk kulit. Pelembap ini mampu membantu mengekalkan kelembapan bagi mengatasi masalah kekeringan dan kulit mengelupas.

No comments: