Lihat tips kesihatan dalam blog http://ur-healthylife.blogspot.com
Friday, August 1, 2008
Info rambut
Rahsia rambut cantik bersinar adalah kulit kepala yang sihat. Kulit kepala ibarat 'tapak' untuk helaian rambut anda berpaut. Cuba bayangkan jika 'tapak' anda goyah dan tidak sihat. Adakah rambut anda akan tumbuh dengan baik?
Punca yang dikenalpasti adalah kulit kepala yang tidak sihat. Gejala berikut akan berlaku apabila kulit kepala anda tidak sihat:
Gatal kulit kepala
Anta akan merasa gatal pada kulit kepala dan kulit kepala anda terasa berminyak. Gejala kelemumur akan timbul. Anda dinasihatkan untuk bertemu dengan pakar trikologi bagi mengatasi masalah ini.
Rambut gugur
Jika pertumbuhan semula rambut tidak seimbang dengan rambut gugur maka sahlah anda mempunyai kulit kepala yang tidak sihat. Kadar normal rambut gugur setiap hari adalah antara 80 hingga 100 helai.
Bagaimana ia berlaku?
Pengaruh emosi
Emosi yang tertekan juga antara punca kulit kepala anda akan mengeluarkan minyak berlebihan yang mengakibatkan kulit kepala anda berminyak dan gatal
Cuaca dan persekitaran
Selain itu keadaan cuaca dan persekitaran yang dicemari asap dan habuk juga menggangi kesihatan kulit kepala.
Kurang nutrisi dan 'crash diet'
Amalkan makanan yang seimbang dan diet kaya asid amino, vitamin dan mineral. Jauh kafein dan makanan yang manis. Ini kerana kulit kepala kita dibina dari timbunan 100,000 hingga 110,000 helaian rambut yang memerlukan bekalan oksigen dan asid amino yang mengalir dalam darah.
Salah guna produk
Hal ini sering berlaku terutamanya kepada remaja. Anda harus kenalpasti jenis rambut anda sebelum membeli sebarang jenis produk rambut. Penggunaan produk yang salah akan membahayakan kesihatan rambut anda.
Patuhi tip ini!
Sebelum syampu rambut, lakukan urutan lembut pada kulit kepala anda menggunakan hujung jari. Kemudian, sikat rambut anda bagi menanggalkan sel kulit mati dan hilangkan dengan syampu selepas itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment