Lihat tips kesihatan dalam blog http://ur-healthylife.blogspot.com

Thursday, August 14, 2008

Myth Buster : Yang benar vs yang karut tentang cantik


Kes 1: 'Ketagih' pelembab bibir.
Ada yang mengatakan pelembap bibir mencetuskan ketagihan. Benarkah begitu? Kenyataannya, apa yang dianggap ketagih itu adalah efek psikologi yang berlaku apabila anda berhenti menggunakan pelembab bibir. 'Ketagihan' itu berlaku kerana anda sudah biasa memakainya, dan anda merasakan ia satu kekurangan sekiranya anda tidak menggoles bibir anda dengan pelmbab bibir. Maka, 'ketagihan' yang anda rasakan itu adalah karut semata-mata! Fungsi pelembab bibir adalah untuk melegakan dan memberi kelembapan kepada bibir anda. Pelembab bibir yang berumusan anti suria adalah yang terbaik kerana ia bukan sahaja mampu mengelakkan masalh bibir kering, bahkan mengatasi masalah kerosakkan bibir kerana sinaran matahari.

Kes 2: Ubat gigi di muka
Jerawat! Esok pula ada temu janji dengan si dia? Jangan risau kerana anda boleh menggunakan ubat gigi untuk mengecutkan jerawat, Kandungan air dalam ubat gigi akan bertindak untuk mengeringkan jerawat yang baru tumbuh. Naum, anda tidaklah digalakkan untuk menggunakan cara ini kerana ubat gigi boleh membuat kulit muka menggelupas. Paling mudah, anda guna saja produk khas untuk merawat masalah jerawat. Cerita yang anda dengar tentang ubat gigi mampu hilangkan jerawa adalah benar!

Kes 3: Hilang parut dengan vitamin E
Fungsi vitamin E adalah mencerahkan kulit yang mempunyai parut atau cela dan bukanlah dengan menggunakan produk berasaskan vitamin E mampu menghilangkan parut. Kesahihannya, vitamin ini akan mencerahkan bahagain yang disapukan dengannya agar tampak lebih cerah. Ini untuk menutup kesan parut yang ada, tetapi tidaklah hilang terus. Tiada bukti yang menunjukkan vitamin ini mampu menghilangkan kesan-kesan cela yang menjadi musuh utama kaum wanita. Lebih malang lagi, ada sesetengah orang yang alah kepada produk yang berasaskan vitamin E, Mengikut kajian yang dijalankan, krim atau minyak yang mengandungi vitamin E di dalamnya bertindak untuk menyembuhkan luka, mengurangkan kesan parut serta membaik pulih striktir kulit tetapi bukanlah menghapuskan terus. Jadi, cerita tentang kemampuan vitamin E menghilangkan kesan parut adalah dongegn semata!

Kes 4: Air kencing = kulit cantik
Mungkin ada di antara anda yang akan berasa jijik dengan fakta ini. air kencing berupaya untuk melembap dan melawan bintik kecil pada wajah. Penggunaan air kencing yang disapukan ke kulit wajah akan membantu anda untuk merwat lka kecil bekas jerawat atau kesan kulit terbakar. Selain boleh digunakan pada kulit wajah, air kencing juga boleh disapukan ke bahagian tubuh yang lain sekiranya terluka atau terbakar. Jika difikirkan semula, sanggupkah anda menyapu air kencing ke muka sendiri? Walaupun kenyataan ini benar, namun anda lebih disarankan untuk memilih produk kecantikan yang berasaskan asid salisilik, vitamin A dan 'benzoyl peroxide'.

Kes 5: Sikat rambut sampai berkilau
Sesetengah wanita akan duduk di hadapan cermin dan berdandan selama berjam-jam lamanya. Terlalu banyak mitos tentang rambut yang sentiasa disisir akan menjadi lebih cantik dan berkilau. Rambut yang sentiasa disisir akan merangsang kulit kepala sekaligus melancarkan pengaliran darah. Namun sekiranya kerap disisir, timbul pula masalah lain. Rambut akan menjadi mudah putus dan kutikel akan rosak. Apa yang anda boleh lakukan adalah menyisir rambut anda dua atau tiga kali sehari bagi mengekalkan kelembutan dan kilauannya. Jika kamu berambut keriting, sikatlah rambut kamu sebelum kamu menggunakan syampu untuk mengelakkan dari kusut semasa dibilas. Gunakan sikat bergigi luas atau mudah lentur. Sudah-sudahlah menyisir rambut, menyikat rambut setiap seminit tidak menjanjikan rambut yang berkilau buat anda.

Kes 6: Timun dan sembab mata
Mata yang sembab akibat kurang tidur atau terlalu banyak menangis pastinya mencacatkan penampilan anda. Apa yang bileh anda lakukan adalah dengan mengambil sekeping timun segar dan letakkan di bahagian mata yang bermasalah. Timun mampu mengurangkan kesan merah bawah mata dan jus timun yang sejuk mampu meredakan bengkak. Jangan hiris timun terlalu tebal kerana ia mudah jatuh. Sekiranya sembab menjadi masalh buat anda, penggunaan timun adalah sangat baik untuk mengurangkannya.

Kes 7: Minum air untuk kulit bersinar
Satu lagi mitos yang popular dalam kalangan wanita. Minum banyak air akan menjadikan wajah sentiasa bercahaya bagaikan bidadari. Saranan buat anda yang mendambakan tubuh badan yang sihat, minumlah lapan gelas air setiap hari. Air yang diminum tidak akan sampai ke wajah, tetapi dikwal oleh buah pinggang. Maka, air yang diminum akan diterima oleh buah pinggan dan bukannay wajah anda. Tidak dinafikan, minum air secukupnya akan memudahkan anda membuanabg air kerana tubuh akan sentiasa menyah toksin dan membuatkan anda ke tandas. Jangan percaya mitos ini kerana dikhuatiri wajah tidak bercahaya, perut anda pula yang kembung!

Kes 8: Jerawat akibat tertekan
Jangan terlalu memikirkan masalah anda. Setiap masalah dapat diselesaikan sekiranya anda bertenang dan berfikir secara rasioanal. Tahukah anda, cerita tentang pertumbuhan jerawat di wajah keraja rasa tertekan itu benar? tekanan akan mengakibatkan ketidakseimbang hormon dan merembeskan sebum yang berlebihan pada kulit. Jerawat sering tumbuh di bahagian dahi, pipi dan dagu. Apa yang boleh anda lakukan adalah mengelakkan diri dari sebarang situasi yang memungkinkan anda untuk berasa tertekan. Setiap kali anda mula berasa ingin 'meletup', segeralah menghidu wangian yang menenangkan.

Wednesday, August 13, 2008

Concealer atasi masalah wajah anda.


Kuasa solekan mampu menjadikan wajah anda lebih jelita dan bermaya. Namun, ada juga solekan yang menajdikan malahan hasinya lebih mengerikan anda sendiri. Rahsianya hanyalah penggunaan 'concealer' yang sesuai dengan cara yang betul. 'Concealer' ibarat rakan intim wajah yang sukar dipisahkan. 'Concealer' bukan sahaja mampu mencipta ilusi kulit wajah lebih gebu dan sihat malah juga mampu membantu membentuk wajah anda. Ia bukan sahaja penting pada wajah tetapi juga pada bibir anda. Tentu sahaja bibir yang penuh dan seksi tanpa perlu suntikan menjadi idaman anda. Caranya mudah sahaja! Anda hanya perlu pilih 'concealer' yang memiliki tona seakan tona kulit anda. Sebelum itu, lukis bibir anda menggunakan pen 'concealer' atau berus halus. Kemudia gabungkan dengan bedak asas dan sapukan nipis pada bibir anda sebelum disudahi dengan bedak debu. Akhir sekali barulah oleskan gincu dengan warna pilihan hati. Bibir bukan sahaja lebih seksi malah hasilnya juga mampu bertahan lebih lama.

Masalah:Mata tidak bermaya.
Penyelesaian segera: Masalah mata tidak bermaya atau 'eye-beg' ini boleh diatasi dengan menggunakan 'concealer' dari jenis krim untuk kesan lebih sempurna. Pilihlah 'concealer' yang mempunyai satu tona lebih cerah dari tona asal kulit wajah anda. Gunakan hujung jadi anda atau berus yang halus untuk meratakan 'concealer' pada bahagian tersebut. Mulakan dari bahagian dalam mata hingga ke luar mata. Namun awas, jangan sapu sapuan yang berlebihan kerana ini akan memburrukkan lagi keadaan di mana ia akan menimbulkan rekahan. Selepas it barulah sapu dengan bedak asas pada bahagian wajah yang lain kecuali bahagian bawah mata tadi.

Penyelesaian jangka panjang: Dapatkan tidur yang berkualiti, minum air yang banyak dan amalkan diet yang sihat.
Masalah: Lingkaran hitam bawah mata.
Penyelesaian segera: Bagi mengatasi masalah ini, pemilihan 'concealer' dari jenis cecair adalah yang terbaik. Ini kerana masalah lingkaran hitam hanya memerlukan lapisan asas yang nipis sahaja. Tona 'concealer' yang dipilih perlulah satu tona lebih cerah dari tona bedak asas anda. Ratakan menggunakan hujung jari anda. Penggunaan span wajah atau berus hanya akan membuatkan sapuan anda menjadi lebih tebal dan kelihatan tidak semulajadi. Selain itu, anda juga boleh melukis bawah mata anda menggunakan pensil mata jenis 'shimmery'. Mudah bukan?

Penyelesaian jangka panjang: Sapulah krim pelembap mata yang diperkayakan dengan vitamin K dan kaya antioksidaan seperti vitamin C dan E. Pasikan anda mendapat tidur yang berkualiti kerana tidur yang tidak cukup akan menhilangkan seri mata anda. Minum banyak air dan kurangkan pengambilan makanan tinggi kandungan garam bagi menggalakkan kelancaran aliran darah pada bahagian mata.

Masalah: Jerawat. Penyelesaian segera: Sapukan sedikit 'concealer' pada bahagian yang bermasalah. Ratakan menggunakan hujung jari, span, atau berus. Sebaik sahaja 'concealer' diratakan, sapukan pula bedak asas.

Penyelesaian jangka panjang: Jangan picit jerawat menggunakan jari. Elak mengusik wajah anda melainakn anda pasti tangan anda benar-benar bersih. Rajinkan diri melakukan rawatan wajah.

Masalah: Kemerahan pada wajah.
Penyelesaian segera: Pilih 'concealer' yang gelap atau dari rona hijau pada bahagian yang bermasalah. Sebaiknya ratakan 'concealer' menggunakan hujung jari anda bagi kesan lebih sempurna berbanding dengan berus. Kemudian, barulah bedak asas diratakan.
Penyelesaian jangka panjang: Pastikan anda sentiasa memakai krim wajah dengan penabir suria (UV protection) apabila keluar rumah. Jika masalah kemerahan anda teruk, pastikan anda memilih krim yang berasaskan bahan semulajadi dari terhindar dari kesan alaha. Jauhkan juga penggunaan produk yang mengandungi asid dan alkohol.

Tuesday, August 12, 2008

Sensasi mandi jadikan satu keseronokan


Mandi adalah satu cara terpenting dalam menjaga kecantikan, kesihatan dan kesegaran tubuh badan. Sejak kecil lagi, kita dididik menjadikan mandi sebagai rutin harian. Dan, apabila sudah biasa dilakukan maka tentu sahaja ia menjadi sesuatu yang mudah dipraktikkan tanpa memerlukan latihan. Namun hakikatnya, masih ada yang memandang enteng akan rutin ini. Memahami lebih lanjut, mandi bukan hanya satu kata nama perbuatan tetapi ia mempunyai pengertian yang lebih daripada itu. Terjemahannya bukan sekadar menyapukan sabun sebelum membilas sehingga bersih, malah lebih daripada itu. Sedar atau tidak, mandi itu sendiri memberikan pengalaman yang menyeronokkan dan pada masa yang sama merelakskan minda.

Kelebihan mandi.
Setiap kali berasa penat selepas menyiapkan kerja di pejabat, di minda pasti membayangkan alangkah seronoknya sekiranya saat pulang ke rumah nanti anda berpeluang membersihkan tubuh dengan berendam dalam tab mandian atau paling tidak membiarkan 'shower' melakukan tugas membasahkan seluruh badan. Sememangnya, pakar berpendapat bahawa selain daripada membersihkan tubuh badan, mandi itu sendiri mempunyai kuasa menenangkan emosi seseorang individu. Pendek kata, penat lelah sepanjang hari boleh berkurangan selepas mandi.

Nikamati kelebihan mandi dengan tips-tips berikut;
-Gunakan air suam untuk mandi dan mencucci tangan. Air mandian tidak seharusnya panas sehingga boleh mengakibatkan kulit bertukar kemerahan. Ini akan menjadikan kulit kering dan seterusnya mewujudkan rasa kurang selesa semasa mandi

-Gunakan pembersih dengan kandungan bahannya yang sederhana dan tidak mengeringkan kulit. Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering atau ekzema, adalah penting untuk menggunakan ejen pembersih khas. Ini bagi memastikan keadaan kulit tidak bertukar menjadi bertambah kering dan kasar.

-Lakukan rawatan pengelupasan kulit badan dengan skrub badan yang sederhana kandungannya. Ramuan pati minyak daripada alam semulajadi juga boleh membantu menenangkan kulit.

-Manjakan diri anda dengan ramuan pati minyak mandian daripada herba, gel dan skrub mandian yang anda gemari. Ia membantu anda menikmati hasil mandian yang anda mahukan. Berikut adalah beberapa haruman pati minyak mandian dan kandungan yang boleh dijadikan rujukan:

Kafien-mampu memberikan tenaga untuk bergerak aktif pada waktu pagi dan pada masa yang sama merangsang sel-sel lemak.
Chamomile-membantu mengawal rasa gemuruh dan kesakitan pada otot-otot, menenangkan badan dan sangat baik digunakan sebelum masuk tidur.
Coklat-merupakan antioksida terbaik yang mampu membuang toksin, menghidrasikan kulit dan mengurangkan penampilan selulit.
Sage-baik untuk meredakan rasa ketegangan dan tekanan prahaid.
Kayu putih (eucalyptus)- Baik untuk yang mempunyai masalah pernafasan, membuka liang-liang pori dan wapnya membantu membersihkan rongga pernafasan. Amat berkesan buat mereka yang mempunyai selesema.
Geranium-sesuai untuk kulit yang sangat kering dan gatal, ekzema dan PMS.
Juniper-merehatkan otot-oto selepas aktiviti fizikal. Berkesan selepas melaukan 'workout'.
Lavender-baik untuk kulit kering, ekzema dan kulit terbakar. Ia huga membantu memulihkan masalah terseliuh, sakit kepala, insomnia, dan pada masa yang sama merelakskan badan anda.
Salap limau (lemon balm)- baik utnuk kanak-kanak yang hiperaktif.
Pain (pine)- melegakan kesakitan pada otot yang berpunca daripada aktiviti harian yang stress.
Orange dan Linden Blossom - menyegarkan dan memberikan tenaga menjelang pagi mahupun kesegaran pada sebelah malam selain merangsang sistem badan. Ia juga baik untuk melegakan kesakitan, dan ketidakselesaan pada otot-otot serta sesuao untuk kulit berminyak.
Mawar-Sesuai untuk kulit kering dan senseitif
Rumpai laut- Membaiki saluran darah dan mempunyai ciri-ciri pelangsingan.
Spruce- Memberi tenaga dan mencergaskan serta memulihkan tenaga.
Ylang Ylang- Membuang sel-sel mati dan melembapkan kulit.
Wildflower- Menenangkan minda dan tubuh badan.

-Pastikan bahawa masa mandi anda diperuntukkan khas untuk mandi semata-mata dan tiada gangguan lain. Biarkan diri menghabiskan masa rehat tersebut sendirian. Tidak salah sekiranya anda meletakkan simbol "Dilarang Menganggu" di pintu bilik anda, letakkan telefon bimbit atau PDA anda jauh daripada bilik mandi.

-Lapkan badan anda secara menyeluruh dengan tuala kering. Jangan gosokkan tuala mandi anda pada kulit kering kerana ia akan menanggalkan minyak semulajadi yang ada pada kulit. Sebaliknya, gunakan tuala dan lap kawasan kulit kering perlahan-lahan, kemudian sapukan krim pelembap atau losyen badan.

-Sapu krim pelembap semasa kulit masih lembap, biasanya dalam masa tiga minit selepas mandi. Dalam suhu atau dalam keadaan cuaca sejuk, sapukan krim pelembap lebih tebal pada bahagian muka, tangan dan bahagian kulit lain yang terdedah.

-Pilih pelembap dengan baik. Semasa memilih, adalah penting untuk anda mengetahui serba sedikit mengenai pelembap tersebut supaya anda boleh memilih yang paling sesuai untuk kulit. Pelembap ini mampu membantu mengekalkan kelembapan bagi mengatasi masalah kekeringan dan kulit mengelupas.

18 jenis buah dan sayur paling menyihatkan dalam dunia.


Bunyinya menarik bukan. Hampir setiap hari kita menikmati sayur dan buah dalam menu harian kita. Namun, sebagai insan yang mementingkan kesihatan kita juga harus bersikap sedikit memilih. Berikut adalah 18 senari buah dan sayur paling menyihatkan dalam dunia. Kesemua makanan ini memberikan anda khasiat paling bagus dan dalam masa yang sama mengurangkan penyakit merbahya, misalnya kanser, kencing manis dan penyakit jantung.

1.)Bawang Besar
Antioksida semulajadi yang terkandung di dalam bawang besar ialah 'Quercetin'. Kajian telah membuktikan bahawa antioksidan ini mampu melawan kanser. Semangkuk kecil bwang besar yang dihancurkan mengandungi 61 kalori, tiada lemak dan 3 gm serat.

2.)Halia
Sebagai tunbuhan rizom, halia diakui mampu mengurangkan masalah keletihan, migrain dan sakit arthritis. Satu sudu teh air halia segar hanya mengandungi 1 kalori, tiada lemak dan tiada serat. Anda boleh mengunyahnya secara segar atau hiriskan untuk digoreng.

3.)Brokoli
Brokoli adalah antara sayuran hijau yang diakui khasiatnya. Ia mengandungi khasiat 'sulforaphane' yang berkesan membantu melawan penyakit kanser payudara. Brokoli kaya dengan vitamin C dan beta karoten. Satu mangkuk sayur ini mengandungi 25 kalori, tiada lemak dan 1 gm serat.

4.)Bayam
Karotenoid yang ada dalam bayam iaitu 'lutein' dan 'zeaxanthin' membantu meningkatkan daya penglihatan dan mengurangkan risiko penyakit buta di kalangan warga tua. Satu mangkuk bayam yang dihancurkan mengandungi 7 kalori, tiada lemak dan 1 gm serat.

5.) Kubis Cina
Terdapat sesetengah penyelidikan berjaya menemui khasiat 'brassinin' di dalam kubis cina. Ia dipercayai mampu menghalang ketumbuhan dalam payudara. Selain itu, khasiat lain dalam sayur ini ialah 'indoles' dan 'isothiocyanates' yang membantu merendahkan paras estrogen dan menjadikan sayur ini sebagai sayur terbaik melawan kanser payudara. Satu hidangan sayur ini mengandungi 158mg kalsium dan secara tidak langsung, ia mampu melawan osteoporosis.

6.)Labu
Ia kaya dengan khasiat vitamin C dan beta karoten. Kandungan ini dipercayai mampu melawan kanser. Satu mankuk labu mengandungi 80 kalori, 1 gm lemak dan 6 gm serat.

7.Bawang Putih
Kandungan sulfur yang ada pada bawang putih menjadikan ia hidangan berkesan merendahkan kolesterol tidak baik dalam tubuh anda, menurunkan paras gula darah dan mengurangkan risiko kanser usus dan perut. Bawang putih mengandungi 4 kaloru, tiada lemak dan serat.

8.)Pegaga
Khasiat yang terkandung dalam daun ini ialah 'phenethyl isothinocyanate', beta karoten, vitamin C dan E. Secara ringkas, daun pegaga diakui berkesan melawan pertumbuhan sel kanser. Satu mangkuk hidangan daun pegaga mengandungi 4 kalori, tiada lemak dan 1 gm serat.

9.)Artichokes
Sayur ini mengandungi 'silymarin' sejenis antioksidan yang membantu melawan kanser kulit. Selain itu, ia juga berkesan dalam mengawal kolesterol. Satu biji artichokes bersaiz sederhana mengandungi 60 kalori, tiada lemak dan 7 gm serat.

10.)Buah Avakado
Avakado mengandungi asid 'oleic' sejenis lemak bagus yang menurunkan keseluruhan paras kolesterol dan meningkatkan tahap HDL dalam tubuh. Selain itu, ia juga adalah sumber serat terbaik. Satu hirisan avakado mengandungi 81 kalori, gm lemak dan 3 gm serat.

11.)Tembikai susu
Ia kaya dengan khasiat vitamin C, iaitu kira-kira 117 mg dalam setengah isi kandungannya sahaja. Selain itu, ia juga kaya dengan beta karoten. Kedua-dua khasiat in berkesan dalam melindungi sel tubuh akibat kesan radikal bebas. Selain itu, setengah biji buah ini mengandungi 853 mg potasium dan ia lebih banyak khasiatnya berbanding buah pisang dalam tindakan menurunkan tekanan darah. Setengah biji buah ini mengandungi 97 gm kalori, 1 gm lemak dan 2 gm serat.

12.)Aprikot
Khasiat paling utuh yang terkandung dalam buah ini ialah beta karoten. Ia berkesan melawan kesan akibat radikal bebas dan juga mampu melindungi kesihatan mata. Satu biji aprikot mengandungi 17kalori, tiada lemak dan 1 gm serar.

13.)Tomato
Tomato kaya dengan 'lycopene' salah satu karatenoid terunggul yang bertindak sebagai antioksidan. Kajian demi kajian berjaya membuktikan tomato mapu mengurangkan risiko kanser perut dan usus jika ia demakan setiap hari. Sebiji tomato mengandungi 26 gm kaloru, tiada lemak dan 1 gm serat.

14.)Raspberi
Asid 'ellagik' yang terkandung di dalam buah ini membantu menghalang pertumbuhan sel kanser. Beri ini juga kaya dengan khasiat vitamin C dan serat. Secar tidak langsung, ia berupaya melawan masalah kolesterol tinggi dan penyakit jantung. Semangkuk raspberi mengandungi 60 kaloru, 1 gmlemak dan 8 gm serat.

15.)Lemon dan limau
Buah-buahan sitrus ini kaya dengan khasiat 'limonene','furocoumarins' dan vitamin C. Kesemua khasiat ini berkesan melwan kanser. Sehiris buah ini mengandungi 2 gm kalori, tiada lemak dan serat.


16.)Jus Cranberi
Jus ini membantu melawan jangkitan pada sistem perut dengan cara melwan pertumbuhan sel bakteria tidak baik. Secawan jus cranberi mengandungi 144 kalori, tiada lemak dan serat. Elakkan mebeli jus yang telah siap kerana kebanyakkan jus ini tinggi kandungan gulannya.
17.)Buah Delima
Buah delima adalah sumber potaisum dan serat terbaik. Selain itu, ia turut mengandungi vitamin B6 yang bertanggungjawab menghasilkan serotonin, merendahkan kolesterol dan menghalang masalah kekurangan air dalam tubuh. Buah ini juga dipercayai mampu mengawal kehamilan. Sebiji buah delim mengandungi 37 ke 48 kalori, tiada lemak dan 2 gm seart.
18.)Kismis
Ia adalah sumber zat besi terbaik, membantu darah mengangkut oksigen dan juga bagus bagi wanita yang sedang haid. Semangkuk kismis mengandungi 218 kalori, tiada lemak dan 3 gm serat.



Friday, August 1, 2008

6 cara tahan nafsu makan

1. Tanya diri anda
Tanya secara jujur untuk apa anda memasukkan makanan ke dalam mulut, jika rasa lapar bukan alasan utama, segera hentikan.

2. Cari alternatif lain
Apa yang perlu dilakukan juka bosan atau tertekan? Bersiar-sia, mendengar muzik, menghubungi rakan, membaca majalah atau buku kegemaran dan apa saja yang membuatkan anda rasa relaks.

3. Nyalakan lampu
Ketika anda pergi ke dapur pada malam hari, nyalakan semua lmapu yang ada. Kajian menyatakan cahaya terang mampu 'membantutkan' nafsu makan kerana anda sedang diperhatikan.

4. Wangian lilin
Kajian menyatakan aroma tertentu dapat menahan nafsu makan seperti aroma epal, daun pudina dan pisang

5. Sekat nafsu makan
Cubit kawasan kecil dari tulang rawan di mana rahang menenpel di bawah telinga di situ adanya titik pengendalian nafsu makan. Lakukan selama setengah minit

6. Ambil makanan yang mengenyangkan
Sebaiknya elak makanan berlemak kerana ia cenderung membuatkan anda untuk makan lagi. Contohnya makanan mengenyangkan bertih jaung, kentang, pasta coklat, kacang hijau, anggur dan limau.

Info rambut


Rahsia rambut cantik bersinar adalah kulit kepala yang sihat. Kulit kepala ibarat 'tapak' untuk helaian rambut anda berpaut. Cuba bayangkan jika 'tapak' anda goyah dan tidak sihat. Adakah rambut anda akan tumbuh dengan baik?
Punca yang dikenalpasti adalah kulit kepala yang tidak sihat. Gejala berikut akan berlaku apabila kulit kepala anda tidak sihat:

Gatal kulit kepala
Anta akan merasa gatal pada kulit kepala dan kulit kepala anda terasa berminyak. Gejala kelemumur akan timbul. Anda dinasihatkan untuk bertemu dengan pakar trikologi bagi mengatasi masalah ini.

Rambut gugur
Jika pertumbuhan semula rambut tidak seimbang dengan rambut gugur maka sahlah anda mempunyai kulit kepala yang tidak sihat. Kadar normal rambut gugur setiap hari adalah antara 80 hingga 100 helai.

Bagaimana ia berlaku?
Pengaruh emosi
Emosi yang tertekan juga antara punca kulit kepala anda akan mengeluarkan minyak berlebihan yang mengakibatkan kulit kepala anda berminyak dan gatal

Cuaca dan persekitaran
Selain itu keadaan cuaca dan persekitaran yang dicemari asap dan habuk juga menggangi kesihatan kulit kepala.

Kurang nutrisi dan 'crash diet'
Amalkan makanan yang seimbang dan diet kaya asid amino, vitamin dan mineral. Jauh kafein dan makanan yang manis. Ini kerana kulit kepala kita dibina dari timbunan 100,000 hingga 110,000 helaian rambut yang memerlukan bekalan oksigen dan asid amino yang mengalir dalam darah.

Salah guna produk
Hal ini sering berlaku terutamanya kepada remaja. Anda harus kenalpasti jenis rambut anda sebelum membeli sebarang jenis produk rambut. Penggunaan produk yang salah akan membahayakan kesihatan rambut anda.

Patuhi tip ini!
Sebelum syampu rambut, lakukan urutan lembut pada kulit kepala anda menggunakan hujung jari. Kemudian, sikat rambut anda bagi menanggalkan sel kulit mati dan hilangkan dengan syampu selepas itu.