Lihat tips kesihatan dalam blog http://ur-healthylife.blogspot.com

Thursday, September 11, 2008

Keajaiban kacang soya


Kacang soya adalah salah satu di antara tujuh 'super foods' di dunia. Penduduk di benua Timur terutamanya masyarakat Cina mula menggunakan kacang soya sebagai makanan kesihatan sejak 5000 tahun yang lalu yang mana tauhu dan susu kacang soya merupakan barangan soya popular di kalangan masyarakat cina.

Satu hudangan soya (20 mg) mengandungi 14 gram protien, 20 gram karbohidrat, 100 kalori dan 4 gm lemak. Produk soya juga kaya dengan asid lemak omega yang penting untuk pertumbuhan sel membran. Selain itu kandungan serat, kalsium dan magnesium yang terkandung di dalamnya juga bukan sahaja baik untuk kesihtan sebaliknya turut membantu membentuk kecantikan kulit dari dalam. Kacang soya juga menjadi di antara makanan yang paling banyak dilakukan kajian saintifik untuk membuktikan kebaikannya. Di antara manfaat kacang soya adalah:-

Isoflavinsoya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihtan payudara serta mencegah penyakit barah payudara dan rahim, memperkuatkan tulang lalu mencegah osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang, mengatasi gejala putus haid. Lesitin soya dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, membantu menguraikan lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu membantu melambatkan proses penuaan dan mencegah pigmentasi kulit.
Kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protien utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. Asid amino juga membantu melambatkan proses penuaan sama seperti pentingnya lesitin soya.
Hampas kacang soya yang dikeringkan boleh digunakan sebagai skrub yang baik untuk tubuh. Hanya bancuhkan bersama sedikit air suam lalu sentalkan ke seluruh tubuh anda. Protien di dalam kacang soya pula adalah setara dengan dua kali protien daging, empat kali protien dalam telur, lima kali atau enam kali atau dua kali protien dalam susu.

Tuesday, September 9, 2008

Oh puasa...

Adakah anda menghadapi masalah gastrik dan perkara ini membimbangkan anda apabila puasa menjelang? Kebiasaannya bagi pesakit gastrik, anda digalakkan mengambil makanan secara kerap dengan jarak empat hingga lima jam. Apabila berpuasa, jarak pengambilan makanan dari waktu sahur hingga berbuka adalah sangat panjang. Sebaiknya sebelum anda berpuasa, anda digalakkan untuk mendapat nasihat doktor. Bagaimanapun bagi memastikan anda mampu berpuasa, anda disarankan agar tidak meninggalkan waktu sahur. Anda digalakkan makan nasi ketika bersahur atau mengambil makanan yang sering diambil ketika bersarapan seperti dua keping rotu mil penuh, bubur nasi atau bijirin oat bersama susu. Pastikan anda minum segelas susu dan sepotong kuih dan segelas minuman. Jangan terus mengambil makanan yang berat kerana ia akan memberikan rasa tidak selesa pada penghidap gastrik. Setelah seketika, barulah mulakan pengambilan makanan berat seperti nasi atau mi. Jauhi makanan yang pedas, terlalu berminyak, pemakanan bercoklat dan yang mengandungi gas atau angin seperti bawang dan kubis. Bagaimanapun, makanan berangin ini adalah berbeza mengikut individu. Jadi anda harus kenal pasti makanan apakah yang tidak sesuai untuk anda.

Thursday, September 4, 2008

Kaki berbau


Bau kaki yang tidak sedap bermula dari perpeluhan. Jika diikutkan peluh itu sendiri sebenarnya tidak berbau namun setelah bercampur dengan bakteria, barulah bau yang kurang menyenangkan itu timbul. Salah satu penyebab utama bau kaki adalah memakai bahan penutup kaki atau kasut yang salah. Lelaki merupakan golongan yang kerap memakai kasut bertutup, jadi persekitaran kaki tidak mendapat pengudaraan baik. Selain itu, kasut dari plastik atau bahan sintetik juga mengundang kepada masalah ini kerana ia tidak dapat menyerap peluh dengan baik seterusnya membiarkan kaki anda sentiasa basah. Tidak seperti anggota badan lain, kaki biasanya bertutup sepanjang masa dalam ruang sempit menyebabkan peluh tidak dapat kering sepenuhnya, manakala bakteria pula terperangkap dalam kasut. Ini sebabnya bau kaki lebih kuat jika dibandingankan dengan anggota badan lain.

Cara penyelesaiannya:
*Ketika mandi jangan lupa membersihkan celahan jari-jari kaki dan selalu keringkan kaki secara menyeluruh.
Pakailah kasut yang diperbuat dari bahan semulajadi seperti kulit kerana ia memungkinkan kaki anda bernafas.
*Gunakan juga stokin kaki berbahan cotton yang dapat memelihara kaki agar tetap kering.
*Hindari memakai kasut sama dalam dua hari berturut-turut dan ganti stokin kaki sekali atau dua kali sehari.
*Jika perlu, usir bau kaki dengan menggunakan spray atau bedak kaki kerana ia jauh lebih efektif.
*Antara rawatan yang baik untuk menghilangkan bau kaki selain membentuk kulit yang licin, menghilangkan daki dan karat pada lapisan kulit seseorang adalah teknik PARAFIN iaitu sejenis rawatan menggunakan lilin cair panas yang membantu mengurankan masalah kaki berbau.

Thursday, August 14, 2008

Myth Buster : Yang benar vs yang karut tentang cantik


Kes 1: 'Ketagih' pelembab bibir.
Ada yang mengatakan pelembap bibir mencetuskan ketagihan. Benarkah begitu? Kenyataannya, apa yang dianggap ketagih itu adalah efek psikologi yang berlaku apabila anda berhenti menggunakan pelembab bibir. 'Ketagihan' itu berlaku kerana anda sudah biasa memakainya, dan anda merasakan ia satu kekurangan sekiranya anda tidak menggoles bibir anda dengan pelmbab bibir. Maka, 'ketagihan' yang anda rasakan itu adalah karut semata-mata! Fungsi pelembab bibir adalah untuk melegakan dan memberi kelembapan kepada bibir anda. Pelembab bibir yang berumusan anti suria adalah yang terbaik kerana ia bukan sahaja mampu mengelakkan masalh bibir kering, bahkan mengatasi masalah kerosakkan bibir kerana sinaran matahari.

Kes 2: Ubat gigi di muka
Jerawat! Esok pula ada temu janji dengan si dia? Jangan risau kerana anda boleh menggunakan ubat gigi untuk mengecutkan jerawat, Kandungan air dalam ubat gigi akan bertindak untuk mengeringkan jerawat yang baru tumbuh. Naum, anda tidaklah digalakkan untuk menggunakan cara ini kerana ubat gigi boleh membuat kulit muka menggelupas. Paling mudah, anda guna saja produk khas untuk merawat masalah jerawat. Cerita yang anda dengar tentang ubat gigi mampu hilangkan jerawa adalah benar!

Kes 3: Hilang parut dengan vitamin E
Fungsi vitamin E adalah mencerahkan kulit yang mempunyai parut atau cela dan bukanlah dengan menggunakan produk berasaskan vitamin E mampu menghilangkan parut. Kesahihannya, vitamin ini akan mencerahkan bahagain yang disapukan dengannya agar tampak lebih cerah. Ini untuk menutup kesan parut yang ada, tetapi tidaklah hilang terus. Tiada bukti yang menunjukkan vitamin ini mampu menghilangkan kesan-kesan cela yang menjadi musuh utama kaum wanita. Lebih malang lagi, ada sesetengah orang yang alah kepada produk yang berasaskan vitamin E, Mengikut kajian yang dijalankan, krim atau minyak yang mengandungi vitamin E di dalamnya bertindak untuk menyembuhkan luka, mengurangkan kesan parut serta membaik pulih striktir kulit tetapi bukanlah menghapuskan terus. Jadi, cerita tentang kemampuan vitamin E menghilangkan kesan parut adalah dongegn semata!

Kes 4: Air kencing = kulit cantik
Mungkin ada di antara anda yang akan berasa jijik dengan fakta ini. air kencing berupaya untuk melembap dan melawan bintik kecil pada wajah. Penggunaan air kencing yang disapukan ke kulit wajah akan membantu anda untuk merwat lka kecil bekas jerawat atau kesan kulit terbakar. Selain boleh digunakan pada kulit wajah, air kencing juga boleh disapukan ke bahagian tubuh yang lain sekiranya terluka atau terbakar. Jika difikirkan semula, sanggupkah anda menyapu air kencing ke muka sendiri? Walaupun kenyataan ini benar, namun anda lebih disarankan untuk memilih produk kecantikan yang berasaskan asid salisilik, vitamin A dan 'benzoyl peroxide'.

Kes 5: Sikat rambut sampai berkilau
Sesetengah wanita akan duduk di hadapan cermin dan berdandan selama berjam-jam lamanya. Terlalu banyak mitos tentang rambut yang sentiasa disisir akan menjadi lebih cantik dan berkilau. Rambut yang sentiasa disisir akan merangsang kulit kepala sekaligus melancarkan pengaliran darah. Namun sekiranya kerap disisir, timbul pula masalah lain. Rambut akan menjadi mudah putus dan kutikel akan rosak. Apa yang anda boleh lakukan adalah menyisir rambut anda dua atau tiga kali sehari bagi mengekalkan kelembutan dan kilauannya. Jika kamu berambut keriting, sikatlah rambut kamu sebelum kamu menggunakan syampu untuk mengelakkan dari kusut semasa dibilas. Gunakan sikat bergigi luas atau mudah lentur. Sudah-sudahlah menyisir rambut, menyikat rambut setiap seminit tidak menjanjikan rambut yang berkilau buat anda.

Kes 6: Timun dan sembab mata
Mata yang sembab akibat kurang tidur atau terlalu banyak menangis pastinya mencacatkan penampilan anda. Apa yang bileh anda lakukan adalah dengan mengambil sekeping timun segar dan letakkan di bahagian mata yang bermasalah. Timun mampu mengurangkan kesan merah bawah mata dan jus timun yang sejuk mampu meredakan bengkak. Jangan hiris timun terlalu tebal kerana ia mudah jatuh. Sekiranya sembab menjadi masalh buat anda, penggunaan timun adalah sangat baik untuk mengurangkannya.

Kes 7: Minum air untuk kulit bersinar
Satu lagi mitos yang popular dalam kalangan wanita. Minum banyak air akan menjadikan wajah sentiasa bercahaya bagaikan bidadari. Saranan buat anda yang mendambakan tubuh badan yang sihat, minumlah lapan gelas air setiap hari. Air yang diminum tidak akan sampai ke wajah, tetapi dikwal oleh buah pinggang. Maka, air yang diminum akan diterima oleh buah pinggan dan bukannay wajah anda. Tidak dinafikan, minum air secukupnya akan memudahkan anda membuanabg air kerana tubuh akan sentiasa menyah toksin dan membuatkan anda ke tandas. Jangan percaya mitos ini kerana dikhuatiri wajah tidak bercahaya, perut anda pula yang kembung!

Kes 8: Jerawat akibat tertekan
Jangan terlalu memikirkan masalah anda. Setiap masalah dapat diselesaikan sekiranya anda bertenang dan berfikir secara rasioanal. Tahukah anda, cerita tentang pertumbuhan jerawat di wajah keraja rasa tertekan itu benar? tekanan akan mengakibatkan ketidakseimbang hormon dan merembeskan sebum yang berlebihan pada kulit. Jerawat sering tumbuh di bahagian dahi, pipi dan dagu. Apa yang boleh anda lakukan adalah mengelakkan diri dari sebarang situasi yang memungkinkan anda untuk berasa tertekan. Setiap kali anda mula berasa ingin 'meletup', segeralah menghidu wangian yang menenangkan.

Wednesday, August 13, 2008

Concealer atasi masalah wajah anda.


Kuasa solekan mampu menjadikan wajah anda lebih jelita dan bermaya. Namun, ada juga solekan yang menajdikan malahan hasinya lebih mengerikan anda sendiri. Rahsianya hanyalah penggunaan 'concealer' yang sesuai dengan cara yang betul. 'Concealer' ibarat rakan intim wajah yang sukar dipisahkan. 'Concealer' bukan sahaja mampu mencipta ilusi kulit wajah lebih gebu dan sihat malah juga mampu membantu membentuk wajah anda. Ia bukan sahaja penting pada wajah tetapi juga pada bibir anda. Tentu sahaja bibir yang penuh dan seksi tanpa perlu suntikan menjadi idaman anda. Caranya mudah sahaja! Anda hanya perlu pilih 'concealer' yang memiliki tona seakan tona kulit anda. Sebelum itu, lukis bibir anda menggunakan pen 'concealer' atau berus halus. Kemudia gabungkan dengan bedak asas dan sapukan nipis pada bibir anda sebelum disudahi dengan bedak debu. Akhir sekali barulah oleskan gincu dengan warna pilihan hati. Bibir bukan sahaja lebih seksi malah hasilnya juga mampu bertahan lebih lama.

Masalah:Mata tidak bermaya.
Penyelesaian segera: Masalah mata tidak bermaya atau 'eye-beg' ini boleh diatasi dengan menggunakan 'concealer' dari jenis krim untuk kesan lebih sempurna. Pilihlah 'concealer' yang mempunyai satu tona lebih cerah dari tona asal kulit wajah anda. Gunakan hujung jadi anda atau berus yang halus untuk meratakan 'concealer' pada bahagian tersebut. Mulakan dari bahagian dalam mata hingga ke luar mata. Namun awas, jangan sapu sapuan yang berlebihan kerana ini akan memburrukkan lagi keadaan di mana ia akan menimbulkan rekahan. Selepas it barulah sapu dengan bedak asas pada bahagian wajah yang lain kecuali bahagian bawah mata tadi.

Penyelesaian jangka panjang: Dapatkan tidur yang berkualiti, minum air yang banyak dan amalkan diet yang sihat.
Masalah: Lingkaran hitam bawah mata.
Penyelesaian segera: Bagi mengatasi masalah ini, pemilihan 'concealer' dari jenis cecair adalah yang terbaik. Ini kerana masalah lingkaran hitam hanya memerlukan lapisan asas yang nipis sahaja. Tona 'concealer' yang dipilih perlulah satu tona lebih cerah dari tona bedak asas anda. Ratakan menggunakan hujung jari anda. Penggunaan span wajah atau berus hanya akan membuatkan sapuan anda menjadi lebih tebal dan kelihatan tidak semulajadi. Selain itu, anda juga boleh melukis bawah mata anda menggunakan pensil mata jenis 'shimmery'. Mudah bukan?

Penyelesaian jangka panjang: Sapulah krim pelembap mata yang diperkayakan dengan vitamin K dan kaya antioksidaan seperti vitamin C dan E. Pasikan anda mendapat tidur yang berkualiti kerana tidur yang tidak cukup akan menhilangkan seri mata anda. Minum banyak air dan kurangkan pengambilan makanan tinggi kandungan garam bagi menggalakkan kelancaran aliran darah pada bahagian mata.

Masalah: Jerawat. Penyelesaian segera: Sapukan sedikit 'concealer' pada bahagian yang bermasalah. Ratakan menggunakan hujung jari, span, atau berus. Sebaik sahaja 'concealer' diratakan, sapukan pula bedak asas.

Penyelesaian jangka panjang: Jangan picit jerawat menggunakan jari. Elak mengusik wajah anda melainakn anda pasti tangan anda benar-benar bersih. Rajinkan diri melakukan rawatan wajah.

Masalah: Kemerahan pada wajah.
Penyelesaian segera: Pilih 'concealer' yang gelap atau dari rona hijau pada bahagian yang bermasalah. Sebaiknya ratakan 'concealer' menggunakan hujung jari anda bagi kesan lebih sempurna berbanding dengan berus. Kemudian, barulah bedak asas diratakan.
Penyelesaian jangka panjang: Pastikan anda sentiasa memakai krim wajah dengan penabir suria (UV protection) apabila keluar rumah. Jika masalah kemerahan anda teruk, pastikan anda memilih krim yang berasaskan bahan semulajadi dari terhindar dari kesan alaha. Jauhkan juga penggunaan produk yang mengandungi asid dan alkohol.

Tuesday, August 12, 2008

Sensasi mandi jadikan satu keseronokan


Mandi adalah satu cara terpenting dalam menjaga kecantikan, kesihatan dan kesegaran tubuh badan. Sejak kecil lagi, kita dididik menjadikan mandi sebagai rutin harian. Dan, apabila sudah biasa dilakukan maka tentu sahaja ia menjadi sesuatu yang mudah dipraktikkan tanpa memerlukan latihan. Namun hakikatnya, masih ada yang memandang enteng akan rutin ini. Memahami lebih lanjut, mandi bukan hanya satu kata nama perbuatan tetapi ia mempunyai pengertian yang lebih daripada itu. Terjemahannya bukan sekadar menyapukan sabun sebelum membilas sehingga bersih, malah lebih daripada itu. Sedar atau tidak, mandi itu sendiri memberikan pengalaman yang menyeronokkan dan pada masa yang sama merelakskan minda.

Kelebihan mandi.
Setiap kali berasa penat selepas menyiapkan kerja di pejabat, di minda pasti membayangkan alangkah seronoknya sekiranya saat pulang ke rumah nanti anda berpeluang membersihkan tubuh dengan berendam dalam tab mandian atau paling tidak membiarkan 'shower' melakukan tugas membasahkan seluruh badan. Sememangnya, pakar berpendapat bahawa selain daripada membersihkan tubuh badan, mandi itu sendiri mempunyai kuasa menenangkan emosi seseorang individu. Pendek kata, penat lelah sepanjang hari boleh berkurangan selepas mandi.

Nikamati kelebihan mandi dengan tips-tips berikut;
-Gunakan air suam untuk mandi dan mencucci tangan. Air mandian tidak seharusnya panas sehingga boleh mengakibatkan kulit bertukar kemerahan. Ini akan menjadikan kulit kering dan seterusnya mewujudkan rasa kurang selesa semasa mandi

-Gunakan pembersih dengan kandungan bahannya yang sederhana dan tidak mengeringkan kulit. Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering atau ekzema, adalah penting untuk menggunakan ejen pembersih khas. Ini bagi memastikan keadaan kulit tidak bertukar menjadi bertambah kering dan kasar.

-Lakukan rawatan pengelupasan kulit badan dengan skrub badan yang sederhana kandungannya. Ramuan pati minyak daripada alam semulajadi juga boleh membantu menenangkan kulit.

-Manjakan diri anda dengan ramuan pati minyak mandian daripada herba, gel dan skrub mandian yang anda gemari. Ia membantu anda menikmati hasil mandian yang anda mahukan. Berikut adalah beberapa haruman pati minyak mandian dan kandungan yang boleh dijadikan rujukan:

Kafien-mampu memberikan tenaga untuk bergerak aktif pada waktu pagi dan pada masa yang sama merangsang sel-sel lemak.
Chamomile-membantu mengawal rasa gemuruh dan kesakitan pada otot-otot, menenangkan badan dan sangat baik digunakan sebelum masuk tidur.
Coklat-merupakan antioksida terbaik yang mampu membuang toksin, menghidrasikan kulit dan mengurangkan penampilan selulit.
Sage-baik untuk meredakan rasa ketegangan dan tekanan prahaid.
Kayu putih (eucalyptus)- Baik untuk yang mempunyai masalah pernafasan, membuka liang-liang pori dan wapnya membantu membersihkan rongga pernafasan. Amat berkesan buat mereka yang mempunyai selesema.
Geranium-sesuai untuk kulit yang sangat kering dan gatal, ekzema dan PMS.
Juniper-merehatkan otot-oto selepas aktiviti fizikal. Berkesan selepas melaukan 'workout'.
Lavender-baik untuk kulit kering, ekzema dan kulit terbakar. Ia huga membantu memulihkan masalah terseliuh, sakit kepala, insomnia, dan pada masa yang sama merelakskan badan anda.
Salap limau (lemon balm)- baik utnuk kanak-kanak yang hiperaktif.
Pain (pine)- melegakan kesakitan pada otot yang berpunca daripada aktiviti harian yang stress.
Orange dan Linden Blossom - menyegarkan dan memberikan tenaga menjelang pagi mahupun kesegaran pada sebelah malam selain merangsang sistem badan. Ia juga baik untuk melegakan kesakitan, dan ketidakselesaan pada otot-otot serta sesuao untuk kulit berminyak.
Mawar-Sesuai untuk kulit kering dan senseitif
Rumpai laut- Membaiki saluran darah dan mempunyai ciri-ciri pelangsingan.
Spruce- Memberi tenaga dan mencergaskan serta memulihkan tenaga.
Ylang Ylang- Membuang sel-sel mati dan melembapkan kulit.
Wildflower- Menenangkan minda dan tubuh badan.

-Pastikan bahawa masa mandi anda diperuntukkan khas untuk mandi semata-mata dan tiada gangguan lain. Biarkan diri menghabiskan masa rehat tersebut sendirian. Tidak salah sekiranya anda meletakkan simbol "Dilarang Menganggu" di pintu bilik anda, letakkan telefon bimbit atau PDA anda jauh daripada bilik mandi.

-Lapkan badan anda secara menyeluruh dengan tuala kering. Jangan gosokkan tuala mandi anda pada kulit kering kerana ia akan menanggalkan minyak semulajadi yang ada pada kulit. Sebaliknya, gunakan tuala dan lap kawasan kulit kering perlahan-lahan, kemudian sapukan krim pelembap atau losyen badan.

-Sapu krim pelembap semasa kulit masih lembap, biasanya dalam masa tiga minit selepas mandi. Dalam suhu atau dalam keadaan cuaca sejuk, sapukan krim pelembap lebih tebal pada bahagian muka, tangan dan bahagian kulit lain yang terdedah.

-Pilih pelembap dengan baik. Semasa memilih, adalah penting untuk anda mengetahui serba sedikit mengenai pelembap tersebut supaya anda boleh memilih yang paling sesuai untuk kulit. Pelembap ini mampu membantu mengekalkan kelembapan bagi mengatasi masalah kekeringan dan kulit mengelupas.

18 jenis buah dan sayur paling menyihatkan dalam dunia.


Bunyinya menarik bukan. Hampir setiap hari kita menikmati sayur dan buah dalam menu harian kita. Namun, sebagai insan yang mementingkan kesihatan kita juga harus bersikap sedikit memilih. Berikut adalah 18 senari buah dan sayur paling menyihatkan dalam dunia. Kesemua makanan ini memberikan anda khasiat paling bagus dan dalam masa yang sama mengurangkan penyakit merbahya, misalnya kanser, kencing manis dan penyakit jantung.

1.)Bawang Besar
Antioksida semulajadi yang terkandung di dalam bawang besar ialah 'Quercetin'. Kajian telah membuktikan bahawa antioksidan ini mampu melawan kanser. Semangkuk kecil bwang besar yang dihancurkan mengandungi 61 kalori, tiada lemak dan 3 gm serat.

2.)Halia
Sebagai tunbuhan rizom, halia diakui mampu mengurangkan masalah keletihan, migrain dan sakit arthritis. Satu sudu teh air halia segar hanya mengandungi 1 kalori, tiada lemak dan tiada serat. Anda boleh mengunyahnya secara segar atau hiriskan untuk digoreng.

3.)Brokoli
Brokoli adalah antara sayuran hijau yang diakui khasiatnya. Ia mengandungi khasiat 'sulforaphane' yang berkesan membantu melawan penyakit kanser payudara. Brokoli kaya dengan vitamin C dan beta karoten. Satu mangkuk sayur ini mengandungi 25 kalori, tiada lemak dan 1 gm serat.

4.)Bayam
Karotenoid yang ada dalam bayam iaitu 'lutein' dan 'zeaxanthin' membantu meningkatkan daya penglihatan dan mengurangkan risiko penyakit buta di kalangan warga tua. Satu mangkuk bayam yang dihancurkan mengandungi 7 kalori, tiada lemak dan 1 gm serat.

5.) Kubis Cina
Terdapat sesetengah penyelidikan berjaya menemui khasiat 'brassinin' di dalam kubis cina. Ia dipercayai mampu menghalang ketumbuhan dalam payudara. Selain itu, khasiat lain dalam sayur ini ialah 'indoles' dan 'isothiocyanates' yang membantu merendahkan paras estrogen dan menjadikan sayur ini sebagai sayur terbaik melawan kanser payudara. Satu hidangan sayur ini mengandungi 158mg kalsium dan secara tidak langsung, ia mampu melawan osteoporosis.

6.)Labu
Ia kaya dengan khasiat vitamin C dan beta karoten. Kandungan ini dipercayai mampu melawan kanser. Satu mankuk labu mengandungi 80 kalori, 1 gm lemak dan 6 gm serat.

7.Bawang Putih
Kandungan sulfur yang ada pada bawang putih menjadikan ia hidangan berkesan merendahkan kolesterol tidak baik dalam tubuh anda, menurunkan paras gula darah dan mengurangkan risiko kanser usus dan perut. Bawang putih mengandungi 4 kaloru, tiada lemak dan serat.

8.)Pegaga
Khasiat yang terkandung dalam daun ini ialah 'phenethyl isothinocyanate', beta karoten, vitamin C dan E. Secara ringkas, daun pegaga diakui berkesan melawan pertumbuhan sel kanser. Satu mangkuk hidangan daun pegaga mengandungi 4 kalori, tiada lemak dan 1 gm serat.

9.)Artichokes
Sayur ini mengandungi 'silymarin' sejenis antioksidan yang membantu melawan kanser kulit. Selain itu, ia juga berkesan dalam mengawal kolesterol. Satu biji artichokes bersaiz sederhana mengandungi 60 kalori, tiada lemak dan 7 gm serat.

10.)Buah Avakado
Avakado mengandungi asid 'oleic' sejenis lemak bagus yang menurunkan keseluruhan paras kolesterol dan meningkatkan tahap HDL dalam tubuh. Selain itu, ia juga adalah sumber serat terbaik. Satu hirisan avakado mengandungi 81 kalori, gm lemak dan 3 gm serat.

11.)Tembikai susu
Ia kaya dengan khasiat vitamin C, iaitu kira-kira 117 mg dalam setengah isi kandungannya sahaja. Selain itu, ia juga kaya dengan beta karoten. Kedua-dua khasiat in berkesan dalam melindungi sel tubuh akibat kesan radikal bebas. Selain itu, setengah biji buah ini mengandungi 853 mg potasium dan ia lebih banyak khasiatnya berbanding buah pisang dalam tindakan menurunkan tekanan darah. Setengah biji buah ini mengandungi 97 gm kalori, 1 gm lemak dan 2 gm serat.

12.)Aprikot
Khasiat paling utuh yang terkandung dalam buah ini ialah beta karoten. Ia berkesan melawan kesan akibat radikal bebas dan juga mampu melindungi kesihatan mata. Satu biji aprikot mengandungi 17kalori, tiada lemak dan 1 gm serar.

13.)Tomato
Tomato kaya dengan 'lycopene' salah satu karatenoid terunggul yang bertindak sebagai antioksidan. Kajian demi kajian berjaya membuktikan tomato mapu mengurangkan risiko kanser perut dan usus jika ia demakan setiap hari. Sebiji tomato mengandungi 26 gm kaloru, tiada lemak dan 1 gm serat.

14.)Raspberi
Asid 'ellagik' yang terkandung di dalam buah ini membantu menghalang pertumbuhan sel kanser. Beri ini juga kaya dengan khasiat vitamin C dan serat. Secar tidak langsung, ia berupaya melawan masalah kolesterol tinggi dan penyakit jantung. Semangkuk raspberi mengandungi 60 kaloru, 1 gmlemak dan 8 gm serat.

15.)Lemon dan limau
Buah-buahan sitrus ini kaya dengan khasiat 'limonene','furocoumarins' dan vitamin C. Kesemua khasiat ini berkesan melwan kanser. Sehiris buah ini mengandungi 2 gm kalori, tiada lemak dan serat.


16.)Jus Cranberi
Jus ini membantu melawan jangkitan pada sistem perut dengan cara melwan pertumbuhan sel bakteria tidak baik. Secawan jus cranberi mengandungi 144 kalori, tiada lemak dan serat. Elakkan mebeli jus yang telah siap kerana kebanyakkan jus ini tinggi kandungan gulannya.
17.)Buah Delima
Buah delima adalah sumber potaisum dan serat terbaik. Selain itu, ia turut mengandungi vitamin B6 yang bertanggungjawab menghasilkan serotonin, merendahkan kolesterol dan menghalang masalah kekurangan air dalam tubuh. Buah ini juga dipercayai mampu mengawal kehamilan. Sebiji buah delim mengandungi 37 ke 48 kalori, tiada lemak dan 2 gm seart.
18.)Kismis
Ia adalah sumber zat besi terbaik, membantu darah mengangkut oksigen dan juga bagus bagi wanita yang sedang haid. Semangkuk kismis mengandungi 218 kalori, tiada lemak dan 3 gm serat.



Friday, August 1, 2008

6 cara tahan nafsu makan

1. Tanya diri anda
Tanya secara jujur untuk apa anda memasukkan makanan ke dalam mulut, jika rasa lapar bukan alasan utama, segera hentikan.

2. Cari alternatif lain
Apa yang perlu dilakukan juka bosan atau tertekan? Bersiar-sia, mendengar muzik, menghubungi rakan, membaca majalah atau buku kegemaran dan apa saja yang membuatkan anda rasa relaks.

3. Nyalakan lampu
Ketika anda pergi ke dapur pada malam hari, nyalakan semua lmapu yang ada. Kajian menyatakan cahaya terang mampu 'membantutkan' nafsu makan kerana anda sedang diperhatikan.

4. Wangian lilin
Kajian menyatakan aroma tertentu dapat menahan nafsu makan seperti aroma epal, daun pudina dan pisang

5. Sekat nafsu makan
Cubit kawasan kecil dari tulang rawan di mana rahang menenpel di bawah telinga di situ adanya titik pengendalian nafsu makan. Lakukan selama setengah minit

6. Ambil makanan yang mengenyangkan
Sebaiknya elak makanan berlemak kerana ia cenderung membuatkan anda untuk makan lagi. Contohnya makanan mengenyangkan bertih jaung, kentang, pasta coklat, kacang hijau, anggur dan limau.

Info rambut


Rahsia rambut cantik bersinar adalah kulit kepala yang sihat. Kulit kepala ibarat 'tapak' untuk helaian rambut anda berpaut. Cuba bayangkan jika 'tapak' anda goyah dan tidak sihat. Adakah rambut anda akan tumbuh dengan baik?
Punca yang dikenalpasti adalah kulit kepala yang tidak sihat. Gejala berikut akan berlaku apabila kulit kepala anda tidak sihat:

Gatal kulit kepala
Anta akan merasa gatal pada kulit kepala dan kulit kepala anda terasa berminyak. Gejala kelemumur akan timbul. Anda dinasihatkan untuk bertemu dengan pakar trikologi bagi mengatasi masalah ini.

Rambut gugur
Jika pertumbuhan semula rambut tidak seimbang dengan rambut gugur maka sahlah anda mempunyai kulit kepala yang tidak sihat. Kadar normal rambut gugur setiap hari adalah antara 80 hingga 100 helai.

Bagaimana ia berlaku?
Pengaruh emosi
Emosi yang tertekan juga antara punca kulit kepala anda akan mengeluarkan minyak berlebihan yang mengakibatkan kulit kepala anda berminyak dan gatal

Cuaca dan persekitaran
Selain itu keadaan cuaca dan persekitaran yang dicemari asap dan habuk juga menggangi kesihatan kulit kepala.

Kurang nutrisi dan 'crash diet'
Amalkan makanan yang seimbang dan diet kaya asid amino, vitamin dan mineral. Jauh kafein dan makanan yang manis. Ini kerana kulit kepala kita dibina dari timbunan 100,000 hingga 110,000 helaian rambut yang memerlukan bekalan oksigen dan asid amino yang mengalir dalam darah.

Salah guna produk
Hal ini sering berlaku terutamanya kepada remaja. Anda harus kenalpasti jenis rambut anda sebelum membeli sebarang jenis produk rambut. Penggunaan produk yang salah akan membahayakan kesihatan rambut anda.

Patuhi tip ini!
Sebelum syampu rambut, lakukan urutan lembut pada kulit kepala anda menggunakan hujung jari. Kemudian, sikat rambut anda bagi menanggalkan sel kulit mati dan hilangkan dengan syampu selepas itu.

Thursday, July 31, 2008

Tomato cegah penuaan awal.


Tomato dipercayai dapat mencegah kedutan dan bintik-bintik hitam pada kulit wajah. Menurut kajian kira-kira 80 peratus kedutan pada kulit disebabkan oleh sinaran matahari. Tomato mengandungi bahan antioksidaan yang membantu memperlambatkan proses penuaan awal berpunca daripada sinaran matahari.

-Makan pasta tomato yang dicampurkan bersama minyak zaitun selama 10 minggu sebagai makanan tambahan dalam menu anda. Ia membantu mengurangkan kedutan dan kerosakan kulit pada kulit wajah akibat sinaran matahari.

- Tambahkan tomato ke dalam menu seharian anda contohnya ke dalam spegeti, piza, sup tomato dan sebagainya.

-Tambahkan hirisan tomato segar ke dalam sandwic anda. Gangikan mayonis kepada pasta tomato ke dalam sandwich anda.

-Amalkan meminum segala jus tomato pada setiap hari untuk memperolehi vitamin C.

Menyingkap rahsia awet muda.


Siapa yang tidak mahu kelihatan awet muda. Setiap orang mempunyai pola hidup tersendiri. Ada di antaranya mengalami proses penuaan yang lambat sehingga kelihatan awet mida. Sebaliknya, ada juga yang mengalami proses penuaan yang begitu cepat biarpun usianya masih muda.


Semakin bertambahnya usia, proses penggantian sel-sel kulit semakin perlahan. Apatah lagi, gaya hidup yang kurang sihat turut menyebabkan berlakunya penuaan awal. Apabila sel-sel kulit ini mengalami proses yang perlahan dan masih bertahan kelihatan tidak segar serta kusam. Antara kesan yang dapat dilihat ialah munculnya jeragat, bintik-bintik hitam, garis halus serta kedutan. Setiap kali anda tersenyum, tertawa atau mengerutkan dahi, kulit wajah pasti akan mengalami satu proses semulajadi meninggalkan kesan seperti garisan halus. Lebih-lebih lagi dengan bertambahnya usia kesan tersebut menjadi semakin ketara dengan munculnya kedutan-kedutan terutamanya di bahagian dahi, alis sekitar mata serta mulut.


Melihat kepada proses normal dan semulajadi, proses penuaan kebiasaannya bermula sekitar usia 25 tahun. Keadaan sedemikian berlaku adalah berkait dengan beberapa faktor. Selain faktor persekitaran ia turut dipengaruhi oleh faktor gaya hidup dan pola pemakanan.


Berikut adalah beberapa resipi awet muda

-Amalkan sebuah kehidupan yang menyihatkan contohnya bersenam secara teratur
-Menghindari tubuh daripada radikal bebas
-Elakkan sebarang tekanan
-Amalkan sebuah kehidupan keluarga yang harmoni
-Lakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin
-Elakkan berfikiran negatif contohnya selalu merasa tua dan tidak berdaya
-Lakukan pekerjaan anda dengan penuh bersemangat dan selesa
-Amalkan pemakanan yang seimbang
-Lakukan perawatan anti penuaan seawal yang mungkin. Anti penuaan merujuk kepada keupayaan yang progresif dan proaktif dalam memerangi penuaan. Anti penuaan mengaplikasikan kemajuan ilmu serta teknologi perubatan untuk mengenalpasti, mencegah, merawat serta mengembalikan ketidakfungsian berhubung dengan usia, kelainan dan penyakit.
-Seperti kata orang tua-tua 'jangan cepat marah, nanti cepat tua.' Pepatah ini mungkin ada benarnya
-Elakkan tekanan terlamau
-Mengambil makanan tambahan yang dapat membantu mencegah proses penuaan awal
-Faktor gaya dan keturunan
-Makan secukupnya
-Buang tabiat suka merokok
-Jauhkan diri daripada mengambil minuman beralkohol
-Memperbanyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buaha. Kebanyakan mereka yang hanya makan sayur atau 'vegeterian' dikatakan lebih sihat serta mempunyai umur yang panjang
-Tenangkan fikiran
-Dapatkan tidur yang cukup
-Perbanyakkan minum air kosong
-Amalkan terapi hormon untuk merangsang kembali hormon di dalam tubuh
-Amalkan produk antioksidan
-Perawatan detoksifikasi dan 'facelift' adalah antara kaedah peremajaan dari luar untuk mencegah penuaan dari luar

Tuesday, July 29, 2008

Air kelapa muda selongkar khasiat disebaliknya.

Air kelapa muda merupakan minuman yang sedap dan menyegarkan dikala dahaga. Meski air kelapa hanya dianggap sebagai air pelepas dahaga, naum siapa menyangka, air kelapa ini tersimpan pelbagai khasiat serta nilai nutrisi yang luar biasa. Tak kenal maka tak cinta. Sebaik mengetahui kandungan nutrisi dalam air kelapa muda ini pasti suatu ketika nanti anda aakn memanfaatkan khasiat disebaliknya.

Ketahui kandungan gizinya:
Air kelapa kaya dengan khasiat potassium, mineral dan mengandungi gula dan protien. Biasanya air kelapa diproses untuk dijadikan minuman, jeli,alkohol, cuka, dan 'nana de coco'. Kebanyakan orang gemar airnya manakala isi buah kelapa muda sedap dimakan. Ia sesuai terutamanya untuk kanak-kanak yang menderita penyakit kekurangan gizi (nutritional defyciency).

Air kelapa mempunyai cita rasa yang unik. Di samping itu juga, air kelapa kaya dengan kandungan gizinya, terutamanya mineral yang sangat baik untuk tubuh manusia. Air kelapa tidak hanya mengandungi unsur makro, tetapi juga unsur mikro. Unsur makro yang terdapat adalah karbon dan nitrogen. Unsur karbon dalam air kelapa berupa karbohidrat sederhana sepertu glukosa, sukrosa, fruktosa, sorbital dan inositol. Unsur nitrogen pula berupaya protien yang terdiri daripada asid amino, seperti alin, arginin, alanin, sistin dan serin.

Selain karbohidrat dan protien, air kelapa juga mengandungi unsur mikro seperti mineral yang diperlukan oleh tubuh badan. Mineral tersebut mengandungi kalium (K), natrium (Na), kalsium (Ca), magnesium (Mg), ferum (Fe), kuprum (Cu), fostor (P), dan sulfur (S). Air kelapa juga mengandungi berbagi jenis vitamin. Antaranya ialah vitamin C dan berbagai jenis asid seperti, asid nikotinat, asid pantotenal dan asid folat. Vitamin B kompleks yang terkandung di dalamnya adalah niasin, riboflavin dan thiamin.

Air kelapa dan kecantikan
Khasiat air kelapa bukan shaja untuk kesihatan tubuh tetapi juga untuk kecantikan kulit.

1. Air kelapa membantu menjadikan kulit wajah lebih berseri. Mencuci muka dengan air kelapa secara berterusan setiap hari dikatakan boleh membantu untuk menyembuhkan atau menghilangkan jerawat, noda-noda hitam, kedutan pada wajah dan kulit kering.

2. Air kelapa juga membantu menghilangkan jerawat. Petua mudah untuk diikuti. Ambil 25 gm kunyit dan campurkan dengan segelas air kelapa muda. Biarkan selama semalaman. Kemudian, tambahkan 3 enduk serbuk teh merah. Campurkan kesemua bahan-bahan tersebut dan simpan selama 3 hari. Tapis ramuan tadu dengan tiga lapis kain kasa. Simpan sari tadi dalam botol dan sapukan pada wajah dua kali sehari sehingga jerawat menghilang.



Kaya dengan khasiat.
Buah kelapa atau 'Cocos nucifera' ini juga dikenali dengan nama 'Wonder Food'. Ini kerana buah kelapa mengandungi pelbagai jenis butrisi yang diperlukan oleh tubuh badan. Air kelapa sangat biak untuk kesihatan terutama kandungan mineral dan protiennya yang berkualiti tinggi sangat membantu dalam pertumbuhan sel-sel dalam tubuh. Kandungugan gula yang terdapat pada air kelapa mudah diserap oleh tubuh dan mampu untuk menyegarkan tubuh. Tahukah anda bahawa air yang terdapat dalam sebiki buah kelapa cukup untuk memenuhi keperluan vitamin C untuk seharian.

Manfaat Air kelapa
Merawat demam campak
Air kelapa muda mampu mengurangan rasa sakit dan panas dalam akibat demam panas dan campak.

Merawat pelbagai penyakit
Air kelapa muda dapat meredakan mulut kering, penyakit diabetis dan dipercayai mampu membuang racun dalam barah.

Sesuai bagi ibut mengandung
Air kelapa ini dipercayai dapat membersihkan janin di dalam rahim sehingga saat kelahiran. Ia juga dapat mengelak penyakit kulit pada bayi yang baru lahir.

Membersihkan usus
Air kelapa sangat efektif dalam membasmi berbagai jenis cacing yang berada di dalam usus. Pesakit yang menhidapi gastrik amat sesuai meminum air kelapa muda. Di samping itu, air kelapa bermanfaat dalam perawatan kembung perut, diare, disentri, dan buasir.

Mengatasi masalah pencemaran
Air kelapa juga dapat mengatasi masalah pada sistem saluran pencernaa seperti mengurangi gas dalam perut dan rasa mual. Antara lain, ia juga bermanfaat merawat masalah seperti kerap kencing, albuminuria, serta membantu dalam menghancurkan batu karang pada seluran kencing atau ginjal.

Mengurangkan rasa panas akibat terbakar
Air kelapa mampu untuk mengihlangkan rasa panas akibat terbakar dan akan segera hilang dan tidak meninggalkan bekas yang teruk.
Seperti tubuh, kulit wajah juga memerlukan zat untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikkannya. Untuk memenuhi keperluan tersebut, ia tidak bergantung kepada penggunaan produk semata-mata bahkan anda perlu mengambil makanan yang mengandungi zat seimbang. Sebagai contoh buah-buahan segar yang sememangnya kaya dengan sumber vitamin untuk kulit. Pengambilan buah-buahan segar dianggap sebagi satu cara perawatan semulajadi yang begitu relatif serta selamat untuk kulit wajah berbanding dengan perwatan menggunakan produk kecantikan yang diketahui kandungan kimianya. Apatah lagi, pengunaan buah-buahan segar ini boleh dilakukan sendiri di rumah serta risiko untuk mendapat alahan adalah kurang. Dalam melakukan perawatan, pilihlah buah-buahan segar yang sesuai dengan jenis kulit anda.


Semua jenis kulit -Terdapat beberapa jenis buah-buahan segar yang boleh dimanfaatkan iaitu:
*Mentimum
Sering disarankan dalam perawatan wajah. Ini kerana mentimun amat sesuai untuk semua jenis kulit. Kandungan airnya mampu menyegarkan kulit wajah. Caranya, letakkan hirisan mentimun pada wajah beberapa saat. Kemudian, gosok perlahan-lahan pada seluruh wajah dan leher. Untuk pembersihan dan penyegar wajah, boleh menggunakan masker campuran mentimun yang dicincang bersama yogurt.

*Bengkoang
Boleh digunakan sebagai masker untuk semua jenis kulit. Namun begitu, untuk anda yang berkulit sensitif harus berhati-hati dengan bengkoang ini. Bengkoang berkhasiat
untuk mencerahkan, mengencangkan serta menyegarkan kulit wajah.


Kulit kering -Untuk anda yang memiliki kulit jenis ini, anda memerlukan buah-buahan segar yang mengandungi lemak serta kaya dengan kandungan air. Antaranya ialah:
*Pisang dan Aprikot
Bagi anda yang berkulit kering serta kasar, pisang dan aprikot adalah sangat sesuai. Sifat yang lembut dan mengandungi minyak membantu untuk melembapkan serta menghaluskan kulit.Untuk mengencangkan dan menyegarkan seta mengurangkan kedutan pada kulit wajah, gunakan masker campuran daripada pisang, madu dan putih telur. Kombinasi in ijuga lebih selamat untuk digunakan bagi semua jenis kulit.

Bukan hanya isi aprikot yang dapat digunakan untuk kecantikan bahkan kulitnya juga boleh dimanfaatkan sebagai krim untuk menghaluskan kulit khususnya di bahagian punggung serta lutut yang kasar. Caranya ialah dengan mencampurkan cincangan kulit aprikot bersama air perahan lemon. Kemudian, sapukan campuran sebati tersebut ke bahagian kulit dengan sedikit urutan.

*Epal dan tembikai
Kedua-dua buah segar ini berkhasiat untuk membersihkan serta melembutkan kulit yang kasar dan kusam. Selain itu juga, pati epal segar turut dapat digunakan sebagai tonik pembersih dan penyegar kulit wajah.


Kulit normal dan berminyak -Untuk mengatasi kulit wayah yang kelihatan 'berkilat' disebakan oleh minyak yang berlebihan, anda boleh mengaplikasikan buah-buahan segar ini:
*Jus perahan lemon atau limau nipis
Sangat sesuai untuk kulit yang sangat berminyak. Caranya ialah hiris limau nipis atau lemon kepada dua atau beberapa bahagian. Seterusnya, perah airnya lalu sapu secara perlahan-lahan ke seluruh kulit wajah. Manakala untuk kulit normal tetapi cenderung untuk berminyak sebaiknya amalkan campuran just limau bersama madu untuk hasil yang lebih baik.

*Tomato
Adakalanya, terdapat bintik-bintik hitam yang sukar dihilangkan pada permukaan kulit wajah. Tomato dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut. Tomato berkhasiat untuk menghilangkan noda-noda hitam. SElain itu, tomato turut membantu dalam menyegarkan kulit wajah dan sesuai untuk semua jenis kulit. Untuk anda yang berkulit normal tetapi cenderung untuk berminyak dengan bintik-bintik hitam pada kulit wajah, masker tomato boleh membantu. Caranya campurkan tomato dengan madu atau yogurt. Amalakan menyapunya pada setiap hari sehingga menanpakkan hasil hasil yang memuaskan. Masker ini berfungsi untuk memudarkan bintik-bintik hitam di samping membersihkan dan menghaluskan wajah.

*Nanas
Ramai yang tidak mengetahui tentang manfaat nanas dalam kecantikan. Sebenarnya, nanas dapat digunakan sebagai masker untuk membuang sel-sel kulit mati di samping menghilangkan bintik-bintik hitam. Selain itu, masker nanas juga sangat sesuai untuk mereka berkulit normal dan berminyak. Pun begitu, oleh kerana nanas tergolong sebagai buah yang mengeluarkan getah, sebelum menggunakannya nanas harus dibersihkan hingga bebas daripada getah. Campurkan sedikit madu atau susu segar untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Masker nanas tidak sesuai untuk mereka yang berkulit kering serta sensitif kerana ia akan menambahkan lagi kekeringan serta mengakibatkan kegatalan pada kulit.